Ada yang bertanya ... parti berkenaan mahu melawan siapa ..???
"BN atau PH ..???".
Jika dah bertanding sehingga jumlah begitu banyak (lebih separuh dari jumlah kerusi Parlimen) rasanya parti berkenaan memang mahu melawan keduanya (BN dan PH).
Persoalan kedua :
Bolehkah parti berkenaan menang banyak kerusi (seperti yang disasarkan) ...???
Saya jawab .. "tidak mustahil mampu dan tidak jugak mustahil lopong".
Dalilnya :
** parti berkenaan punya asas yang kuat sejak lama dulu. Maksudnya ... masih ramai lagi pendokong dan penyokong tegar yang bakal memangkah (mengundi) parti berkenaan. Dasar perjuangan dah diterap semasa ahli masih lagi bayi dan terus menerus disodorkan dengan pemahaman (ideologi) yang diperjuangkan hingga mereka dewasa.
Dalam bahasa kaaarnya ... TOTOK. Maka bukan saja 40 kerusi bakal dikuasai malah mungkin KESEMUA CALON mereka bakal bergelar "Yang Berhormat".
Jangan main-main ...!!!!
Tak mustahil kann ...???.
** namun .... berlatarkan sejarah, parti berkenaan tiada sambutan seandainya berdiri bersendirian. Prestasi perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran mereka pun tidak berapa cemerlang. Ini jugak disebut oleh Najib semasa mengadakan kunjungan ke Kelantan baru-baru ini. Begitu jugak yang biasa berlaku di Terengganu dan Kedah sebelum ini.
Mungkin faktor "kelemahan perkhidmatan" inilah yang bakal menggagalkan hasrat parti berkenaan (untuk mencapai sasaran).
Wallahu'alam.
Apapun, cita-cita sebenar mereka adalah "untuk mendapatkan kuasa TAWAR MENAWAR" dengan parti-parti yang memiliki jumlah kerusi yang kurang (bagi tujuan membentuk kerajaan).
Apakah muslihatnya disitu ...???.
** bila ada kuasa "tawar menawar" maka nilai mereka boleh menjadi lebih tinggi dalam "pasaran". Apa yang bakal berlaku ... TIDAK PASTI. Terpaksa kita tunggu dan LIHAT.
p.s :
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin melonjak, berperanan dengan watak "King Maker" membawa lebih keuntungan.
** pihak mana yang mampu memberi pulangan yang "tinggi" maka itulah "pilihan" mereka.
Tungguuuuuuu ...!!!!!
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment