Monday, February 5, 2018

Cukupkah hanya dengan TEGURAN TERTUTUP ..??

Bila ditanya oleh hadirin berkaitan sikap PAS terhadap isu 1MDB, Hadi menjawab "tegur cara tertutup".
Hahahahhhhaaaa.
** dah tegur cara tertutup kemudian benda tu dah SETTLE ker sekarang ...???

Apakah Hadi Awang fikir sudah memadai dengan "menegur cara tertutup" dan dia dah boleh "cuci tangan"...??
Isu berkenaan masih diperkatakan dibanyak negara. Ada yang telah dikenakan tindakan, ada yang masih dalam siasatan dan bakal diambil tindakan.

Jika benarlah Hadi ada menegur maka apakah tindakan susulan yang dia lakukan memandangkan kemelut berkenaan masih "belum berakhir"..??.

Isu 1MDB ini bukan hanya berkisar atas tindakan, urustabir dan pengendalian yang "salah" tetapi ia membabitkan sama kepentingan seluruh rakyat (hutang yang perlu dibayar) dan imej negara dipandangan dunia.

Menjawab persoalan semudah itu bukanlah sikap yang patut dipertontonkan oleh seorang Wakil Rakyat apatah lagi Hadi sendiri menggalas jawatan Tertinggi dalam parti.
** Apa yang lebih mencurigakan khalayak adalah apabila terlihat Hadi semakin mesra dengan Najib, PAS semakin "akrab" dengan UMNO.
** dan jangan lupa pula dengan kisah "sedekah 90 juta" seperti yang didakwa (diterima oleh Hadi dari Najib).

Kerana itulah timbul pertanyaan dari Wilson, salah seorang bekas penyokong PAS secara berdepan (dalam majlis tersebut).
** saya cukup yakin individu berkenaan kurang berpuashati dengan jawaban yang diterima ... begitu jugak saya dan ramai yang lain.

Fb ID :
Fadzil

No comments:

Post a Comment