Monday, March 16, 2009

KAPAL IS SINKING

Jangan main-main dengan saya. Singh is King.

Itu ucap Karpal Singh kepada khalayak sebagai amaran kepada pengkritik dan penentang-penentang beliau.

Ancaman demi ancaman, gertakan demi gertakan dibuat oleh Karpal. Semua itu telah berulangkali dilakukan tambahan pula selepas berlambak laporan polis dibuat atas tindak-tanduk beliau. Menuduh Pemuda UMNO celaka dibuat di Dewan Rakyat berikutan kiriman dua peluru hidup kekediamannya adalah yang paling sensasi.

Memang Karpal sukakan kontroversi. Menuduh yang bukan-bukan, mahu menyaman Sultan Perak dan menjadi ustaz menyeru orang bertaubat. Yang jadi lucu orang yang disuruh bertaubat adalah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng.

Ketua-Ketua Pemuda Bahagian UMNO Selangor memberikan tindakbalas terhadap tuduhan Karpal di lobi Parlimen. Tetapi Karpal yang celupar tidak pulak bersuara. Memang Karpal sudah kurang upaya rupanya. Karpal hanya berani menggunakan lidah semasa berada di dalam Dewan Rakyat kerana berselindung disebalik kekebalan sebagai Ahli Parlimen. Diluar Dewan Karpal terpaksa berlindung disebalik anaknya.

Setelah berpenggal-penggal berada di Parlimen mungkiin sudah sampai masa Karpal untuk berundur. Namun sebelum berundur Karpal mendakwa dirinya Raja. Singh is King.

Mungkin Karpal tahu tempoh untuknya berada di Parlimen berada dipenghujung, maka beliau mencurahkan semua ilmu dan pengalamannya kepada Putera Mahkotanya. Puteranya itu akan mengambilalih tempatnya kelak. Lihat saja bagaimana aggresifnya waris Karpal. Dia bakal King di Parlimen menggantikan Karpal.

Cakap-cakap Karpal untuk mengheret Sultan Perak ke mahkamah belum nampak tanda akan jadi nyata. Amaran kepada pengkritik-pengkritiknya cuma cakap-cakap kosong. Seruan supaya Anwar, Kit Siang dan Guan Eng bertaubat cuma lakonan politik. Semuanya berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Dengan keadaan Karpal sekarang Nik Aziz sudah boleh mula merancang untuk meneruskan hasrat menubuhkan sebuah Negara Islam. Nik Azizpun tidak setuju dengan idea Haji Hadi. Kerajaan Perpaduan tidak perlu wujud.

Sebab utamanya mungkin Singh bukan lagi King.

Tetapi Nik Aziz perlu menimbangkan kembali tentangannya kepada usul Haji Hadi kerana Putera Mahkota Karpal bakal jadi King.

Apapun yang terjadi, sekarang semua sudah tahu suara Karpal sudah mula kendur. Kapal is sinking.

Kita tunggu dan lihat.