"Pembangkang negara ini mengamalkan prinsip membangkang semua usaha kerajaan walaupun memanfaatkan rakyat".
-Zahid Hamidi
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/387208/tolak-pembangkang-yang-membinasakan-tpm
-------------
Sebelum ini memang saya menyokong BN tetapi selepas terbongkar skandal yang membabitkan Najib (yang diperkatakan diseluruh pelosok dunia) sokongan saya TERHAKIS sama sekali.
** sedikitpun tidak lagi BERSISA.
Ia tidak akan berlaku (tiada sokongan) seandainya pimpinan BN mahu memperbetulkan keadaan.
Sebaliknya, ramai Menteri, Ketua-ketua Bahagian, ahli dan penyokong BN turut "bersekongkol, menjadi buta, bisu dan pekak" hanya kerana mahu mempertahankan kerajaan sedia ada.
Sebenarnya tidak terlintas langsung bahawa majoriti rakyat mahu menumbangkan kerajaan yang dipilih secara "demokratik" tetapi demokratikkah apa yang diamalkan oleh pimpinan BN hari ini.
** bagaimanakah tindak-tanduk pimpinan utama UMNO terhadap bekas Perdana Menteri ..??
** apa yang dilakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar ..???
** berapa ramai ahli yang dipecat, digantung dan diambil tindakan ...??
Kesemua mereka hanya mahu "Najib direhatkan" (sementara keadaan diperbetulkan) dan bukan bertujuan untuk menyingkirkan terus malahan sekiranya berlaku penyingkiran (Najib) kerajaan sedia ada tetap berjalan seperti biasa.
** jika inilah yang dilakukan (pembetulan) maka saya amat percaya kerajaan yang ditunjangi oleh BN bakal kekal terbaik.
Namun ...
Nasi sudah jadi bubur
Najis bersepah berterabur
Kata caci dan nista setiap hari dihambur
Pada PRU14 parti UMNO/BN wajib TERKUBUR.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment