Sunday, November 5, 2017

Bahasa Jiwa Bangsa NAJIB


Bahasa
Bahasa yang dia guna semakin hari semakin kasar dan kesat. Dah hilang adab sopan, tuturkatanya dah tak terkawal hingga perkataan bangsat, bangang, haramjadah dan terkini kepala bapak kau dah jadi mainan dimulut.
Lupa dah dia kepada tonggak Rukunegara yang ke 5.
** kesopanan dan kesusilaan
(Rukunegara ini rasanya diasaskan oleh #BAPAK dia sendiri).
** Tak berasa malu ker ..??
** Atau bangga berkelakuan begitu ..??

Jiwa
Suatu ketika dia sendiri melaungkan "saya berjiwa besar". Konon dia soranglah yang mampu mendepani krisis dengan baik, tiada prasangka dan menyimpan dendam kepada sesiapa. Tetapi kebelakangan ini bahang bara dihati semakin ketara terserlah dan diluahkan. Dia dah tak pandai memilih tempat yang sesuai untuk dilepaskan segalanya..
** asal ada kesempatan dan ruang maka disitulah dia lakukan.

Bangsa
Bangga mengkisahkan asal keturunan bangsawan. Mungkin kerana berasa megah dengan salasilahnya ... bongkak, angkuh dan sombong makin menjadi. Sementelah pula kini sedang berada tinggi dipuncak kuasa.
** tindak-tanduk memberi kesan terhadap bangsa dan keturunan.
** lupa bahawa kekuasan itu datang dari tangan-tangan rakyat marhaen dan takkan kekal lama.

Rakyat tidak buta dan dungu untuk menilai.
Malaikat dikiri kanan mencatat.
Allah SWT tidak lalai memerhati.

Bahana perbuatan bakal berbalas suatu ketika nanti.
** janji Allah itu pasti..

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment