Wednesday, March 7, 2018
Apa FUNGSI Sebenar Parlimen Kita ..??
Apabila wakil-wakil yang dipilih oleh undi-undi didalam Pilihanraya yang "bebas" tidak boleh mendapatkan penjelasan (secara RASMI) didalam Parlimen, maka dimana lagi tempat yang paling sesuai (untuk rakyat mendapatkan penjelasan)...???
Kita tahu dan faham bahawa Speaker membuat andaian bahawa soalan yang dikemukakan bermotifkan politik.
Tetapi Speaker Dewan juga perlu faham ... jika bersandarkan harapan kepada Wakil Rakyat yang berpihak kepada BN maka ... hingga kepada akhirnya soalan-soalan berkaitan tidak akan dibangkitkan.
Mengimbas kembali pertanyaan Ahli Parlimen Alor Setar, beliau hanya mahu YB Pekan menjelaskan hal perampasan kapal Equanimity dan apa tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan berkaitan perkara itu.
Apabila Speaker Dewan membuat keputusan menolak soalan berkenaan maka isu itu, pertanyaan serta persoalan berbangkit hal itu tidak dapat dirungkai dan diselesaikan secara rasmi.
Sewajarnyalah Speaker memikul tanggungjawab kerana melindungi dan menutup segala maklumat (yang patut diketahui umum).
** jika mendengar balik ulasan ringkas yang Speaker berikan, saya melihat ia hanyalah satu "alasan" yang tidak munasabah dan langsung tidak boleh diterima (baik oleh Ahli Parlimen maupun rakyat keseluruhannya).
Harap sesuatu dapat berlaku selepas PRU14 nanti dan Speaker yang ada kini "tidak terpilih" lagi sebagai calon PRU atau jika pun dipilih ... rakyat pula yang menolak beliau.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment