Tuesday, March 6, 2018

Kita punya Tanggungjawab BESAR. Laksanakanlah


Satu demi satu hartabenda yang diperoleh menggunakan duit penyonglapan 1MDB (seperti yang disenarai oleh DoJ dan FBI) dah dirampas.
Berapa banyak lagi yang bakal dikenakan tindakan yang sama kita tak tahu.
** mungkin ada lagi penemuan terbaru yang timbul hasil siasatan pihak berkuasa luar.

Sedia maklum, didalam Malaysia takkan ada yang bakal dirampas (jika berkait 1MDB) walaupun harta yang disebut-sebut "tertonggok atau berlonggok" depan mata.
** lagipun pengakuan bahawa 1MDB tidak hilang apa-apa dah pun terlalu kerap dibuat (oleh beberapa pihak). Jadi ... apa yang nak dirampas kannnn ....???
** di Parlimen pun hal yang menyebut tentang 1MDB, Jho Low atau sebarang isu berkaitan dah menjadi perkara "haram" untuk disentuh.

Kita tak tahu sampai kemana kerajaan yang ada mampu menutup "pekung besar" ini.

Hanya dua peristiwa sahaja yang mungkin dapat membongkar serta merungkai kesemua persoalan.

1.  Jho Low berjaya diheret ke muka pengadilan (tentunya diluar negara, bukan di Malaysia).

2.  Najib dan BN "tumbang dan terlucut kekuasaannya".

Untuk melihat perkara yang pertama berlaku ... yang boleh kita buat hanya BERDOA.

Bagi perkara yang KEDUA ... tangan-tangan kitalah yang mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan dan desakan sesiapa.
** perolehlah maklumat, manfaatkan akal dan bertindaklah untuk manfaat yang lebih terjamin pada masa depan.

** tokoh  kleptokrat wajib disingkir.
** era kleptokrasi perlu ditamatkan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment