Friday, February 16, 2018

Sumbangan mempamer KOMITMEN Ahli dan Penyokong PPBM


Kecoh pulak sampah yang duduk diluar PPBM mempersoalkan pelancaran kempen kutipan derma bagi tujuan pengurusan berdepan PRU14.

Yang mempersoalkan tu pulak makhluk yang pernah bertempik bila Najib mendapat hadiah berbillion dalam akaun peribadi.
** La nih dah tak berbunyi lagi (bila dah meninggalkan PPBM).
Dah dihalalkankah perbuatan Najib dulu ..???

Kempen sumbangan yang dilancarkan Tun M dilakukan secara terbuka bukan dengan cara sembunyi-sembunyi seperti yang dilakukan Najib. Lebih dahsyat ... derma yang didakwa diterima untuk kempen memenangi PRU13 (dengan matlamat menyekat DAP, menyekat pengaruh Yahudi di Malaysia, melawan IS atau menegakkan perjuangan Sunnah Wal Jamaah) tidak masuk walau SESEN pun kedalam akaun parti.

Sumbangan-sumbangan yang dibuat (jika ada) adalah terjemahan terhadap komitmen dan kebertanggungjawaban ahli (serta penyokong) terhadap apa yang diperjuangkan oleh PPBM (dan Pakatan Harapan).
** perkara yang sama pernah dilakukan oleh rakyat jelata (tanpa mengira kedudukan .. miskin atau kaya) sewaktu gerakan menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu dahulu.

Saya berpandangan bahawa perjuangan (yang dilakukan oleh PPBM dan gabungan PH) pada kali ini lebih besar dan lebih mencabar.
** mengekalkan kedaulatan dan mempastikan Malaysia terus berada didalam keadaan Merdeka yang SEBENAR (tanpa dikuasai oleh kuasa asing baik dalam bentuk apa sekalipun).

Maka, usaha mengutip sumbangan berupa wang ringgit pada ketika yang diperlukan kini tidak perlu dipersoalkan kecuali kerja-kerja berkenaan ditafsirkan HARAM disudut perundangan.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment