Wednesday, February 14, 2018

Akui KETERLANJURAN kita. Ubahlah selepas ini


Tak ada yang mustahil pada era ini. Segala-galanya berkemungkinan boleh terjadi hasil dari pilihan (pangkahan) jari-jari kita jugak. Kesal hari ini kerana kelmarin kita yang "terpedaya" dek perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam.
(kena mengaku .... jari saya salah satu dari jari-jari yang memangkah lambang "dacing" yang kononnya menjadi neraca yang SEIMBANG).

Apa nak buat.
Kita dah terpilih "tebrau" berbanding "tebu" yang disodor.

Siapa sangka ... tebrau yang manis (dibibirnya) mempunyai skandal yang tersembunyi. Membentuk 1MDB dan menerima "derma" yang cukup besar (hasil daripada pembentukan syarikat berkenaan).
Terlalu banyak agensi yang "dikelabukan mata, ditulikan telinga dan diplaster mulut" mereka demi menutup "kebobrokan".
** terlalu panjang jika mahu disenaraikan.

Sebelum ini siapa pernah menyangka parti Melayu (yang menerajui kerajaan) boleh akrab dengan Parti Komunis Asli. Disusuli pula oleh rakan komponen didalam BN.
** cukup berani mengundang perwakilan dari PKC tanpa segan silu.
Hipokrasi "tahap tertinggi" kerana sebelum ini berterusan melabel parti dalam negara (DAP) sebagai agen Komunis.

Mutakhir ini ....
Diberitakan kehadiran Diplomat Zionis ke bumi Melayu (yang selama ini kita bertegas menghalang).
** baru sangat Najib bersumpah ... "biar dicincang waima tinggal seketul daging" ... Zionis tetap "ditentang habis-habisan".

Lakonan apakah ini semua ...???

Untuk mengubat kekecewaan (terhadap sikap bermuka-muka pimpinan hari ini) jari-jari kita dah boleh memilih parti lain untuk membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut yang sewajarnya.

Tolak BN
Benci Hipokrasi

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment