Saturday, February 17, 2018
Ada Tidak Menambah, Tiada Tindak Mengurangkan
Dah cantik sangatlah dia tinggalkan PPBM. Jika terus duduk didalam dengan pemikiran seperti ini jawabnya bakal jahanamlah parti. Tambahan bila dia diberikan jawatan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.
Akar umbi sendiri pun cukup faham bahawa PPBM itu bukan pertubuhan milik keluarga. Ianya ditubuhkan bertujuan memperjuangkan nasib serta kebajikan ramai orang.
Berpaksikan perjuangan untuk peribumi, sewajarnyalah sedikit sebanyak sumbangan (samada masa, tenaga, idea dan wang ringgit) datang dari keseluruhan struktur (dari bawah hingga keatas).
Maka tidaklah segalanya terbeban diatas tanggungan kaum keluarga Tun M (untuk menanggung kos keperluan menjalankan kesemua aktiviti).
Wajib setiap ahli berfikiran bahawa kesanggupan Tun untuk menerajui parti, kembali aktif semula memimpin rakyat patut dihargai.
** jika Tun mengutamakan keselesaan kaum keluarganya, tak perlulah Tun bersama isterinya menyiksa diri kehulu kehilir menghadiri majlis yang dihadiri rakyat jelata.
** jika mahu ... Tun boleh duduk selesa mengasingkan diri dari masyarakat kerana tidak ada apa lagi keperluan yang tidak dipenuhi (didalam kehidupan keluarga beliau.
Cakap-cakap berunsur negatif sepertimana yang disuarakan oleh bekas Exco Perak, bekas Naib Presiden PPBM ini sebenarnya adalah "luahan perasaan seorang yang KECEWA".
Apapun, majoriti ahli PPBM merasa cukup bersyukur dengan pengunduran Hamidah dari barisan pimpinan PPBM.
** selain dari "duri dah terkeluar dari daging" kita juga rasa cukup selesa dengan ketiadaan "sampah-sampah" yang mengotori parti jika terus berada bersama.
** sampah perlu diasingkan
** suara sampah tidak diperlukan (dalam apa pun perancangan yang digariskan oleh parti).
Duduk diam-diam adalah lebih baik.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment