Sunday, February 18, 2018
Tunggu dulu sebelum BERGEMBIRA
Jika dengar cakap dia ... langit pun boleh runtuh.
Najib janjikan (beri) peruntukan RM1.3 billion untuk projek infrastruktur di Langkawi.
** punya lebat (banyak) peruntukan mengalahkan hujan yang turun di musim tengkujuh.
Sebelum nak percaya janji dia, cuba kita toleh balik kebelakang kisah Adik Pra-Sekolah yang menyeberang Jambatan Tergantung di Kg Pamah Aur, Lipis beberapa bulan lalu.
Cuba selidik ...
** berapa kos yang diperlukan untuk baikpulih jambatan tersebut ..??
Ada cecah juta ker tidak ???
** bila jambatan berkenaan mula rosak ..??
** bila peruntukan baikpulih diperolehi dan bila tarikh kelulusan untuk baikpulih dibuat . ??
** dah kerja baikpulih tu berlaku bila ...??
(setakat harini belum ada berita samada dah mula ataupun kerja-kerja dah pun SIAP).
Jadi ...
cerita BUIH di Langkawi tu belum boleh ditelan BULAT-BULAT. Simpan tepi dulu.
** di pejabat depa sebut K.I.V
Kenapa ...???
Sebabnya Parlimen dijangka bubar dalam tempoh tak berapa lama lagi. Jika ada beratus billion peruntukan "diluluskan" pun ianya tidak akan menjadi kenyataan ibarat kita petik jari terus JADI.
** nak keluar kurang "setengah juta" untuk jambatan Kg. Pamah Aur pun makan hampir setahun, apa pula peruntukan yang menelan belanja berbillion...???
Silap gaya lebusssss hancussss.
"No project approved".
Jangan mimpi dulu ya ...!!!
Sebenarnya cakap-cakap itu (janji peruntukan) hanya GULA-GULA POLITIK.
** guna kedudukan sebagai pemerintah untuk "mengelabui mata pengundi" dengan hajat untuk mereka KEKAL MEMEGANG TAMPUK KUASA.
Untuk laksanakan janji ... BELUM PASTI.
** dan jangan lupa ... tubuh Najib diselimuti pelbagai skandal. Maka untuk terus berlindung ... Najib perlukan kuasa.
Sibodoh mana yang nak BERSEKONGKOL dengan skandal Najib akan memenangkan BN untuk terus bermaharajalela.
** Sanggupkah ...????
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment