Monday, February 19, 2018
Rakyat TERHIMPIT dek Kenaikan Kos Sara Hidup
Ada Menteri kata "GST boleh turunkan harga barang".
Menteri lain pulak kata "kerajaan jadi sasaran bila kos sara hidup naik".
Najib pulak buat kenyataan "rakyat Saudi tak merungut seperti rakyat Malaysia bab GST".
** Ada lagi menteri-menteri yang bersuara berkaitan GST dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Yang cakap harga barang turun kerana GST tu memang dah tentulah tak boleh pakai. Tak nampak apa barangan keperluan harian yan turun harga pun. Yang mencanak naik banyaklah.
Dia boleh lagi syor buat dua tiga kerja macam yang dia buat. Iyalahhhh tuuu.
** kerja jadi Menteri, jadi Ketua Biro IT dan kerja menayangkan resipi makan selang dua hari di media sosial. Bagi dia itulah cara nak menangani himpitan biaya harian.
** apa nak heran. Dengan gaji menteri (yang rakyat bayar) dia nak masak selori tempe pun apa ada hal ..??
Menteri yang mengeluh sebab kerajaan dipersalahkan tu pulak lain hal.
** kita nak tanya ....
Segala dasar, semua cukai dan kos-kos perkhidmatan tu "adakah ditetapkan oleh rakyat..??".
Kawalan terhadap peniaga yang meletakkan harga tinggi tu adakah terbeban dibahu rakyat ..??
Penguatkuasaan setiap undang-undang (tentang kerakusan peniaga) dilakukan oleh siapa ...??
Salah ker rakyat menujukan rungutan dan keluh-kesah berkaitan kos sara hidup kepada kerajaan ...?? Jika ianya salah maka rakyat nak mengadu kepada siapa ...???
Yang lagi besar bala ... bila Menteri Kepala Bapak menyindir rakyat sendiri tentang tanggungan GST yang menjadi beban.
** Najib dah mengaku "Tanpa GST ekonomi dan pengurusan ekonomi negara TERANCAM".
** sepatutnya ucap terimakasih kepada rakyat kerana dah beratus billion disedut dari kantung rakyat (tak kira tua muda miskin kaya) untuk lancarkan ekonomi. Ini tidak ... DISINDIR pulak lagi.
Ini ker gaya yang mendakwa "kerajaan yang TERBAIK ...???".
Kita tak nafikan .... yang dikatakan ekonomi maka beginilah suasananya. Kenaikan harga memang akan berlaku. Konsep bekalan dan penawaran berserta keperluan menyebabkan ianya berlaku. Tetapi jika dengan pengenalan GST hal kenaikan harga menjadi tidak terkawal ... amat wajar ia diberikan perhatian.
Rakyat telah beri mandat.
Dan mandat diberikan bukan dengan syarat kerajaan boleh berbuat apa sahaja selepas itu.
Kesejahteraan rakyat perlu jadi KEUTAMAAN.
Usah banyak BERALASAN dan usah kerap MENYALAHKAN rakyat.
** apa guna mentadbir jika rakyat DIHIMPIT SENGSARA...???
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment