Tuesday, February 20, 2018
Buat yang TERBAIK (untuk Malaysia)
Jika ada ramai orang "sakit otak (mental)" jangan kita sama terikut. Kita dah dididik untuk memperjuangkan kebenaran, menolak jauh-jauh segala bentuk kejahatan.
** itu sebabnya kita menggubal dan membentuk peraturan (undang-undang) didalam sistem pentadbiran.
Kita ada agama untuk dijadikan panduan dan turutilah peraturan itu mengikut seperti mana yang digariskan.
Saya suka juga tujukan pandangan ini terhadap penyokong-penyokong "kebobrokan" pentadbiran Najib dan barisan Kabinetnya.
Kepada mereka yang mendakwa Najib "suci bersih" dari kesalahan (yang diperkatakan) saya taknak label kalian tu "bangang".
** kalian tu sebenarnya ada otak, ada akal maknanya masih lagi ada ruang untuk jadi "cerdik".
Masalahnya ...
Kalian berasa lebih selesa "melindungi" tindak-tanduk Najib yang buruk walhal dah terbuka banyak pekongnya diserata ceruk dunia.
Baru-baru ini peguam Najib berusaha untuk mengetepikan dokumen (prosiding) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Singapura kerana katanya ia hanya "khabar angin".
** cuba fikir baik-baik. Wajarkah Najib dan peguamnya buatkenyataan "memperlekeh" apa yang dilaksanakan oleh sebuah badan Kehakiman ...???
** apakah hakim negara berkenaan terlalu "bodoh" hingga sanggup mengeluarkan dokumen berupa sebuah "khabar angin"...??
Ada akal jangan "disempitkan" dengan menyokong SALAHLAKU seseorang secara MEMBUTA TULI.
Jadilah yang TERBAIK untuk Negara tercinta dan langkah menyanjungi "penyangak" bukanlah sesuatu yang patut dilakukan kerana ia BUKANLAH YANG TERBAIK.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment