Wednesday, February 21, 2018
Berkhidmat Mengikut Peraturan, Usah DICUCUK HIDUNG
Kesabaran seseorang ada hadnya.
Tindakan seseorang penjawat awam baik setinggi mana jawatan yang disandang ... perlu berlandaskan peraturan yang digariskan.
Ada batas dan sempadan yang perlu dilihat.
Dalam keadaan manusia semakin berpendidikan, Ketua atau Pegawai tidak boleh mendabik dada, merasakan dengan kuasa ditangan maka boleh melakukan apa sahaja.
Didalam isu "melengah-lengahkan kelulusan pendaftaran" oleh Pendaftar Pertubuhan, ianya telah sampai ketahap "mencabar kesabaran".
Kelulusan yang ditunggu merupakan titik penting kepada perjuangan dalam sebuah kesepakatan yang memperjuangkan nasib rakyat terbanyak.
Apabila kesabaran telah dicabar maka tidak salah sekiranya pihak yang memohon menyambutnya dengan "mencabar" keputusan Pendaftar Pertubuhan melalui sudut undang-undang.
Sikap berdiam diri ROS selama berbulan-bulan (sejak dari permohonan Pakatan Harapan) tidak boleh didiam atau dibiarkan berterusan.
Sebagai sebuah jabatan (agensi) kerajaan yang punyai tanggungjawab ... apa yang dilakukan oleh ROS adalah tidak wajar.
Lebih malang, apabila telah sampai keperingkat disaman, Ketua Pengarah ROS pula mengeluarkan kenyataan seakan "mengugut".
Dalam keperluan mendesak PH (untuk gabungan berkenaan disahkan secara rasmi) menyatakan tindakan saman bakal "merencatkan" proses kelulusan adalah TIDAK WAJAR sama sekali.
Sepatutnya, Surayati Ibrahim sudah boleh memikirkan untuk "mempelawa para pemimpin setiap parti didalam PH untuk berunding secara aman".
Mengugut bukanlah caranya kerana apa yang dinginkan oleh para pemimpin PPBM, PKR, PAN dan DAP adalah juga hasrat para penyokong (yang jumlahnya bukan sedikit).
Oleh itu, Ketua Pengarah ROS diharap mampu mengendurkan "keegoan" dan usah sesekali terpengaruh apalagi terjerat dengan permainan politik BN.
Perlu diingatkan bahawa .... kerajaan adalah kerajaan. Apa yang dilakukan adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Ia tidak patut dicampur aduk dengan kepentingan mana-mana parti politik.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment