Transformasi
Kita anjaklah masa
2020
diatur semula
ke 2050
Negara belum boleh maju
Kerana itu perlu dianjakkan waktu
Tapi ...
Katanya tiap kali bajet dibentang
Nasib rakyat pasti cemerlang
Gaji dan pendapatan pasti tinggi
Tak perlu dirisaukan lagi.
Janji-janji transformasi.
Rakyat perlu berkorban diri
Dan untuk jadikan ia realiti
Diperkenalkan kita GST
Kata Menteri
GST kurangkan perbelanjaan
GST selamatkan kerajaan
Rupanya
Nak tampung GST
Kita terpaksa buat dua tiga pekerjaan.
2050 pasti datang
Dalam tempoh itu kita terus berhutang
Hutang keliling pinggang
Kalian tunggulah ...
Kita bukan ker ingin berubah ..???
2050 datang dengan hutang yang bertambah
Kuasa asing itu kita sembah
Rasanya belum sempat waktunya
kita dah pun rebah
Saudaraku
Teruskanlah mengelamun
Sesudah itu lenalah seenaknya
Dan ketika esok kau terbangun
Hartamu segala milikmu ternyata telah disamun
Kerana ...
Yang kita julang dan kita percayai selama ini sebenarnya ...
SEORANG LANUN
10092017652hrs.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment