Nak berpolitik kena bijak.
Nak menilai kena berakal.
Nak memilih wakil jangan nanti selepas ini kita dipijak.
Dah terlanjur pilih yang salah nanti jangan banyak soal.
Lihat apa yang telah lakukan terhadap kita sebelum ini.
** ada yang mohon maaf atas kesilapan mereka
** berjanji akan berubah
** berjanji bulan bintang
** berjanji berikan khidmat cemerlang
Tapi lihatlah selepas mereka kembali berkuasa. Rakyat yang meletakkan mereka ditempat mereka berada sekarang ditipu, digula-gulakan, disuruh pula berkorban sedangkan mereka disalut kemewahan.
** slogan-slogan pelbagai kononnya mahu masyarakat majmuk hidup dalam perpaduan walhal propaganda dan dakyah yang mereka sebarkan penuh dengan elemen perpecahan dan menxetus bibit pertelagahan, diisi dengan unsur perkauman.
Mereka terbabit dalam skandal tetapi enggan untuk mengakuinya.
Pemikiran dan tumpuan rakyat diheret kepada hal-hal yanh telah berdekad pergi.
** apa faedahnya semua itu diulang, diselongkar, dikorek dan diperdebatkan lagi ...???
Mampukah perbincangan itu menutup sebarang salahlaku, menimbus hutang yang semakin lama semakin membukit, mengangkat ekonomi rakyat yang semakin terhimpit dan perit.
Cukuplah.
Kerajaan hari ini bukannya memikirkan kesejahteraan rakyat tetapi hanya berusaha untuk lari dari terjerut dek jerat yang mereka sendiri pasang.
Kita perlu mengubahnya apabila berpeluang.
** sekali setiap lima tahun kita diberikan hak untuk memberi pengadilan.
Semoga kali ini kita tidak silap membuat keputusan.
Nekadlah.
singkirkan_BARISAN.
beri_ruang_HARAPAN_buktikan_KEMAMPUAN.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment