Kita dah puas ketawakan Najib dengan PC lawak yang diadakan di PWTC.
Sekarang kita harus tumpukan pula kepada perkara-perkara yang diperkatakan oleh banyak pihak (yang didakwa menjadi punca kepada PC berkenaan diadakan).
Ada dua perkara yang diperkatakan. Benar atau tidak sama-sama nlaikan.
1. Cubaan Najib untuk mengambil-alih tampuk kerajaan Negeri Selangor.
Dikhabarkan bahawa bekas MB akan hadir ke Sidang Media bersama dengan 8 ADUN PKR yang bakal menyertai rancangan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Azmin. Kemungkinan berlaku peralihan kuasa lebih kuat sekiranya sejumlah ADUN PAS juga mengambil langkah yang sama.
2. Muhammad dikatakan "spy UMNO" (ditugaskan untuk mengkucar-kacirkan Gabungan Pakatan Rakyat).
Biarpun ketiadaan bukti namun kita wajar melihat kembali apa yang telah berlaku (didalam gabungan PR) sebaik sahaja Muhammad Mat Taib meninggalkan UMNO dahulu.
** sebaik meninggalkan UMNO Muhammad menyertai PAS. Cuba perhatikan apa yang terjadi terhadap PAS semasa keberadaan Mat Taib dalam parti berkenaan.
Saya ringkaskan :
PAS kucar-kacir dan akhirnya berpecah kepada DUA .... PAN wujud.
b. Setelah PAS terbahagi dua Mat Taib mengambil keputusan untuk menganggotai PKR.
Soalnya ..
Kenapa Mat Taib meninggalkan PAS ..??
Bagi saya ... Tindakan ini mungkin untuk meneruskan misi yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
** menghuru-harakan PKR pula (sepertimana yang telah dilakukan terhadap PAS).
Hampir dua tahun Mat Taib berada didalam PKR kita dapat lihat banyak pergolakan berlaku (didalam PKR). Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pergolakan tersebut berlaku hasil penglibatan Mat Taib sendiri.
Pengumuman Sidang Media oleh Najib mungkin kemuncak dari usaha Mat Taib. PC adalah untuk mengumumkan kejayaan misi Muhammad Mat Taib untuk kemenangan UMNO.
Malangnya ... apa yang direncanakan tidak menjadi kenyataan (tidak disertai oleh ADUN PKR) dan kerajaan Selangor tidak dapat diambil-alih.
Bagi menutup kegagalan tersebut .. Najib tiada lain pilihan selain dari mengumumkan kemasukan semula Bekas MB Selangor kedalam UMNO.
Bagaimanapun ... Walau misi Muhammad gagal ... Azmin, anggota parti serta anggota kerajaan Selangor tidak harus alpa, usah leka kerana pasti akan ada lagi cubaan bakal dilakukan selepas ini.
Waspadalah.
Letak sedikit perhatian untuk menangkis sebarang bentuk cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.
Perkukuhkan PKR dan Amanah, perkemas hubungan dengan DAP serta PPBM yang kini adalah rakan-rakan gabungan didalam Pakatan Harapan.
Kita Bina Semula Malaysia.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment