"Jika tak boleh jadi garam, jangan jadi langau'.
Pepatah ni popular dikalangan penyokong-penyokong tegar Najib selepas diungkap oleh Tok Mat Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
** maksudnya jika tak mampu beri kebaikan maka janganlah merosakkan.
Bagus pengajaran yang tersirat.
Ekoran dari itu ramailah penyokong-pejyokong Najib menggelar lawan mereka dengan gelaran #langau. Seronok sangatlah mereka.
Kononnya lawan mereka tu (penyokong pembangkang) kerjanya hanya membawa kerosakan sahaja.
Disebalik penggunaan perkataan langau tu para penyokong Najib tak sedar tingkahlaku mereka dan Najib sendiri lebih mirip kepada sifat dan tabiat langau.
Cuba lihat apa yang kerap mereka lakukan sekarang. Bagaimana mereka senantiasa mencari kesalahan, mengorek mencungkil segala yang buruk, apa saja kesalahan lawan berbanding menerima kebaikan dan perkara yang elok yang ditunjukkan lawan.
Salah satu contoh terbaik ...
Penubuhan RCI Forex baru-baru ini.
** apa yang mereka korek, apa yang mereka cari ..??
Keburukan dan kesalahan Tun.
Ada atau tidak mereka mahu bercerita tentang kebaikan dan manfaat (kesan dari urusniaga wang asing berkenaan)...???
Tak ada pun.
Baru-baru ini apakah yang Najib katakan sebaik menjejakkan kaki dibumi Malaysia (di KLIA)..???
** bukankah dia bercakap hal yang buruk tentang Tun ...???
** Kenapa jadi perlu hal berkenaan diulang ungkit ..???
Perbuatan Najib, para pemimpin partinya dan para penyokong baik didunia nyata atau dilaman maya tak putus mencari salah dan keburukan pihak lawan (terutamanya Tun) tidak ubah seperti tabiat langau.
** sentiasa mencari yang berulat, buruk dan busuk untuk dihurung. Itulah yang jadi kegemaran. Jadi modal untuk bercerita dan bersembang sesama sendiri.
Ada atau tidak kita lihat mereka mencari manisan (perkara baik dan bermanfaat) yang dihasilkan oleh lawan ...???
** walau dipapar, dipamer dan diberitahu haram sedikitpun tidak diambil endah.
Itulah sebenar-benarnya LANGAU perosak yang sedang berleluasa disekeliling kita hari ini.
** dari sekecil-kecil hinggalah ke BAPAK LANGAU sedang bertungkus-lumus MEMUSNAHKAN KITA.
Buat langau sekelian ini suatu pertanyaan
** BILA NAK BERTUKAR JADI GARAM ..???
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment