Tuesday, September 19, 2017

RCI "TAK TAHU"

TAK TAHU.

Bukan main seronok haprak-haprak Najib memperolok jawapan "tak tahu" yang Tun M berikan dalam siasatan RCI Forex.
Jadi modal berharga mereka dalam berhujah mempermainkan lawan.

Kena faham sikit.
Urusniaga Wang Asing oleh BNM itu dah berlalu TIGA PULUH TAHUN dahulu.
Ulang balik ... TIGA PULUH TAHUN.
Tapi dek kerana busuk hati Najib dah sampai tahap keterlaluan ... Isu tersebut diselongkar balik bertujuan untuk memuaskan hatinya. Tak ketinggalan untuk mengenakan Tun Dr Mahathir.

Kebiasaannya kita memang boleh lupa dengan hal yang telah berlalu untuk tempoh begitu lama.
** Berbeza laaaa dengan ingatan Ustad PAS yang hebat tu. Dia boleh ingat apa yang terjadi kepada bapanya (dalam insiden Memali) walaupun ketika itu usianya baru dalam lingkungan satu tahun.

** Tun mungkin tak tahu kerana lupa (tak dapat kita pastikan)
** Tun mungkin tak tahu kerana sememangnya beliau tidak dimaklumkan.

Keterangan Tun M itu jangan ditafsir sebagai cubaan untuk menipu Suruhanjaya kerana masih terdapat keterangan beberapa saksi lain (yang dipanggil dalam siasatan) mungkin menyokong atau membenarkan keterangan Tun Mahathir. Keterangan saksi lain pun perlu dihubungkan dengan keterangan Tun dalam membuat kesimpulan (siasatan).

Jawapan tak_TAHU yang perlu kita pertikaikan sekarang adalah jawapan dari Najib sendiri.
** tak tahu duit RM42 juta (dari SRC) dimasukkan kedalam akaunnya.
** tak tahu (tidak dimaklumkan) tentang tanggungan hutang 1MDB sudah mencecah RM42 billion.

Iyalah.
Kita boleh dengar jawapan Najib tetapi tak bolehlah dengan menjawab "tak tahu" sahaja dikira masalah telah diselesaikan.

Hingga kehari ini kita tak nampak ada sebarang usaha (secara rasmi) dilakukan oleh pihak berwajib untuk mencari jawapan "siapa pendeposit (dermawan) yang memasukkan jumlah RM42 juta ke akaun peribadi Najib".
Persoalannya :
** KENAPA TIDAK DISIASAT ..??
** NAK KIRA SEDEKAH JUGAK KER ...???

Jika RCI Forex boleh dibentuk untuk menyiasat kisah  30 tahun dahulu, kenapa tidak ditubuhkan "RCI Misteri Pendeposit" untuk membongkar persoalan "Najib TAK TAHU" tu ...???

** perlukah kita tunggu tahun 2050 baru nak dapatkan jawapan ...???
Jika jawapannya "ya" beritahu ler ...!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment