Dalam sibuk PPBM membuat persediaan untuk menyambut ulangtahun Pertama penubuhannya ada pihak nak menumpang populariti PPBM yang semakin melonjak naik.
Dipasang banner berisikan kandungan perkataan dan tohmahan tidak baik.
Baguslah.
Sekurang-kurangnya mereka merasakan PPBM itu wujud dan berupa ancaman terhadap keberadaan parti Melayu lama seperti parti Najib
Selain dari itu ... Halangan-halangan yang terpaksa dihadapi oleh PPBM untuk mendapatkan tempat sesuai untuk berhimpun dalam sambutan besar juga memberikan gambaran sebenar sikap pemerintah.
Jelas bahawa tiada layanan yang adil dan saksama terhadap rakyat sebagaimana yang mereka laungkan selama ini. Sepatutnya sebagai sebuah parti yang diluluskan oleh agensi kerajaan sendiri .. PPBM boleh bebas mengadakan perhimpunan baik dimana sahaja yang diinginkan.
Tidak kira samada dibangunan milik kerajaan atau persendirian.
** wajib diingat. Biarpun kerajaan yang berusaha membina dan menyiapkan sebarang projek itu tidak bermaksud bahawa setiap peruntukan itu datang dari kantung parti yang membentuk kerajaan.
Takkan Najib sebagai Perdana Menteri tidak tahu hakikat sebenar ...??
Tetapi sebagaimana saya nyatakan tadi bahawa PPBM sudah menjadi ancaman terhadap parti Najib ... Maka kuasa yang ada DISALAHGUNA. Betulkah tindakan itu ...???
** saya menyifatkan itu tindakan seorang ketua yang BACUL lagi BODOH.
Dalam keadaan payah dan terpaksa akhirnya PPBM memutuskan bahawa PPBM akan berhimpun di Y Square Muar.
Mungkin inilah kesempatan terbaik buat pentaksub parti Najib membuat tohmahan.
** peserta himpunan dikhabarkan makan hidangan tidak halal dipremis berkenaan. Sedangkan didalam himpunan itu tiada pun majlis makan-makan diadakan.
Parti Najib GAGAL LAGI.
** yang berjaya diserlahkan oleh para pengikut parti Najib adalah sikap hasad dengki, permusuhan dan ketakutan yang sebenarnya tidak pun kita inginkan.
PPBM hanyalah sebuah parti yang ingin bersaing secara sihat, aman dan bebas serta memberikan pilihan lain .. berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh parti Najib.
Dalam keterpaksaan dan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi PPBM tetap berjaya melaksanakan (Himpunan) dan saya melihat bahawa PPBM sudah boleh berbangga dan wajarlah ianya menjadi pilihan yang lebih baik berbanding parti Najib.
Perbaiki struktur pengurusan dan pentadbiran untuk lebih diyakini rakyat.
Insha Allah. PPBM mampu menggantikan kerajaan sedia ada.
#selamatkan_negara_MALAYSIA
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment