Friday, March 2, 2018

Back to REAL


Kita bercakap berkaitan "realiti".
Realitinya : Saya TAK BOLEH tidur.
Hahaha.

Dek kerana tak boleh tidur, jom sambung sembang sumbang.

Tadi ada yang kata "kapal layar mewah" yang diserkap di Bali itu bukan milik kita. Seakan bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Apandi Ali si Peguam Negara kita.

Ya.
Yang terlihat begitulah.
Memang kapal dibeli oleh Jho Low.
Dan nama didaftar atas nama Jho Low.
(itu mengikut seperti apa yang diberitahu oleh DoJ. Mereka punya kuasa, mereka ada autoriti untuk berbuat demikian).

Perlu kita kaitkan juga kenyataan lain yang mereka keluarkan dan ianya tidak boleh kita perlekeh.
** kapal (dan segala hartabenda yang lain) dibeli menggunakan wang yang "dipam keluar" dari tabung 1MDB.
Disitulah dimana ianya terkait (dengan pemilikannya menjadi hak kita - Kerajaan Malaysia).

Buat sementara ini, kita terpaksa memperakui kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa luar negara kerana "pihak berkuasa negara kita" sudah memutuskan bahawa "tidak ada apa-apa yang hilang" dari pegangan 1MDB.
** nak buat macamana, dah pihak tertinggi negara kita "mengisytiharkan" begitu. Samada tak sayang, tak prihatin, tak ambil peduli atau tak kisah ... kita tak tahu sebabnya.
(cerita dalam negara kita TELAN, tetapi apa yang dibongkar diluar kita beri PERHATIAN).

Kisah 1MDB tak hilang apa-apa ... dengarkan saja tetapi kena maklum jugak bahawa agak ramai jugak staff-staff 1MDB yang telah HILANG atau MENGHILANGKAN DIRI.
** kenapa dan dimana mereka sekarang.
Lantak laaaa. Pihak berkuasa pun TAK KISAHHHH kannnn ...???.

Beralih kepada perkara tidak menuntut kapal tadi (kerana bukan hak kita) .... cuba kita pula kita bandingkan dengan kes-kes yang seumpamanya.

Contoh :
Si Perasuah (dalam negara) didakwa kerana membeli harta hasil dari pendapatan haramnya. Apa yang dilakukan terhadap hartabendanya ... ???
Diselongkar, dirampas dan disita kan ...???

Soalnya :
Kenapa dirampas ...???.
Harta berkenaan dinamakan atas nama si PERASUAH kannn ....???

Tapi ... itulah yang dinamakan "undang-undang". Dan sebagai Pelaksana Undang-undang yang tertinggi di negara ini, Apandi Ali wajib melaksanakan tanggungjawabnya dengan SEMPURNA.

Untuk penjelasan seterusnya, fikir dan jawab sendirilah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment