Friday, March 2, 2018

Tegakkanlah KEBENARAN


Saya nak beritahu.
Saya ni dulu Pro-BN.
Saya mengendalikan Page Politik yang menyokong BN.
Saya juga menulis artikel-artikel, memuat naik entri yang menentang lawan BN.

Tapi itu dulu.
** sebelum terdedah, terbongkar kebobrokan pimpinan utama BN.

Ketika Ketuanya diberitakan melakukan hal yang tak sepatutnya, saya masih noleh bertahan. Dengan harapan ianya boleh diperbetulkan.

Teguran-teguran sudah mula datang dari banyak pihak. Najib perlu direhatkan sementara isu yang berbangkit dapat disiasat hingga tuntas.
** teguran dari lunak bertukar keras. Semua itu berubah apabila Najib kelihatan bertegas bagi memlertahankan kedudukan.
** individu yang pada mulanya menggunakan kaedah diplomasi berakhir dengan mengambil keputusan tegas ... meninggalkan UMNO sekali lagi. Itulah Ayahanda Tun Dr Mahathir.

Bermula dari situ, saya pun mula ANGKAT KAKI.
Tak guna lagi BN dipertahankan.
Imej BN memang dah jadi terlalu buruk dimata saya. Bukan setakat Najib yang menjadi punca saya berpaling arah tetapi lain-lain pemimpin yang sama bersekongkol dengan perlakuan Najib.
Setiap tindakan dan perlakuan Najib mereka restui, tanpa sedikitpun membantah.

Didalam fikiran saya terlintas hal ini .... "saat kehancuran BN sudah bermula. Perbuatan Najib dan konco-konconya adalah lorong-lorong kehancuran yang mengarahkan BN ke jurang".

Sedikit demi sedikit segalanya terbukti.
Tak lama mana lagi ego Najib, keangkuhan para pendokong BN akan BERKECAI.

Kebenaran akan tetap punya ruang untuk ditegakkan kembali.
Insha Allah.

Kepada Allah Kita Berserah.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment