Sunday, February 25, 2018
Perangai PELIK pemimpin BN
Memang pelik sungguh perangai pemimpin-pemimpin BN ni.
Waktu Raja Petra membantai AG's Lady melalui artikel di portal Malaysia Today, tak ada seorang pun dari mereka berbunyi. Mempertahan tidak, mengiyakan pun tidak.
** yang saya terbaca adalah arahan supaya Raja Petra menggugurkan artikel berkenaan daripada portal.
Itu ajerlah.
Tiba-tiba, apabila Raja Petra menulis mengenai Robert Kuok maka berlumba-lumba, berebut-rebut masing-masing nak mengulas isi kandung tulisan berkenaan.
Seperti biasa apabila dakwaan memburukkan lawan BN maka berjujai kutukan datang mengutuk dan memarahi individu yang dikaitkan tanpa langsung mengkaji "kesahihan" dakwaan yang dinyatakan (didalam tulisan).
Pimpinan BN seakan lupa pesan mereka kepada pihak lain supaya jangan menyebar berita yang "belum dipastikan kesahihannya". Pimpinan BN jugak lupa sebentar bahawa hakikatnya yang "pakar serta paling berbakat" dalam menyebarkan berita yang belum sahih adalah "mereka" sendiri.
Saya faham dan mengerti sangat kenapa ianya berlaku dan dilakukan.
** berita begitu memberi sedikit keuntungan kepada mereka (apabila dimainkan).
Tak jadi hairan dahhhh....!!!!
Apapun .... bagi saya Raja Petra ini hanyalah provokator yang mementingkan diri sendiri. Suka mensensasikan sesuatu tanpa rasa tanggungjawab didalam setiap yang dilakukan (tidak ambil peduli samada tulisannya menimbulkan keadaan tidak menentu dinegara ini).
** apa dia kisah ...??? Dia bukan merasakan kesannya (kerana dah lama mengasingkan diri jauh dari Malaysia).
Kepada para pemimpin BN ... buatlah seperti yang dicakap.
** kalian dan rakyat sama sahaja ...tiada pengecualian (dalam menyebarkan berita tak sahih).
Jangan cakap tak serupa bikin.
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment