Thursday, March 1, 2018

Segalanya BERBEZA


Corak pentadbiran ketika ini dah berubah.
Semuanya tak seperti dulu-dulu lagi.

Dulu-dulu ...
Pemimpin ulung negara kita berfikir, berusaha dan melaksanakan setiap yang dirancang dengan teratur hingga berjaya. Mungkin segalanya dah dibuat (difikirkan) sebelum mengambil alih tampuk kepimpinan pun.
Setelah diberikan amanah dan tanggungjawab maka ia terus membuktikan segala perancangan mampu direalisasikan.
** dan terciptalah slogan "Malaysia Boleh".
** kesannya negara kita dihormati, membuka mata dunia.

Ianya dah berbeza ketika ini.
Nak popular satu dunia cukup mudah.
** jadi penipu
** jadi pembelit
** jadi kleptokrat
** buat kerja bodoh

Hasilnya ... seperti yang kita sendiri saksikan. Salahlaku kepimpinan kita diperkatakan segenap ceruk dan pimpinan kita tak mampu menangkisnya dengan baik.

Apa tindakan yang boleh mereka (pimpinan kita) lakukan ...???
** balun rakyat sendiri
** meletakkan kesalahan kepada orang lain (terutama kepada pihak yang menegur)
** mengenakan tindakan yang tidak mengikut peraturan
** menutup ruang perundingan (supaya keadaan diperbetulkan)
** dalam hubungan luar, pimpinan jadi menikus. Hanya mencari rakan yang sealiran dan yang mampu memberi keuntungan kepada diri sendiri.
** tanpa difikirkan dengan teliti, pimpinan kita membuat keputusan melulu walaupun apa yang dilakukan bakal membawa kesan buruk pada jangkamasa panjang.
Kita semakin terhimpit dan bergerak mundur kebelakang.

Apa nak jadi jika semua orang terikut-ikut dan patuh kepada gaya baru pentadbiran kita ini ..???

Apa yang hendak kita wariskan kepada generasi masa depan jika keadaan ini tidak diubah ..???

Terserah kita samada mahu yang terbaik atau mahu "menjahanamkan".

MALAYSIA BOLEH.
Samada ...
** boleh BERUBAH (jadi baik)
** boleh kekal (duduk dalam keadaan TENAT)

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment