Wednesday, February 28, 2018

Semua KHABAR ANGIN ajer Bang ...!!!


Macamana ni ...???

Kena tanya Peguam Najib

Adakah ia cuma "khabar angin" apabila pihak berkuasa Indonesia menahan kapal layar mewah The Equanimity milik Jho Low...??.

Satu persatu harta dan kemewahan mereka yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1MDB disita, dirampas.
** hotel
** rumah mewah
** lukisan
** jet peribadi
** barang kemas
** keuntungan hasil buat filem
** kapal layar
dan entah apa pulak lagi selepas ini ..??

Di Switzerland lebihkurang RM400 juta dimiliknegarakan kerana menyalahi undang-undang negara berkenaan.

Di Singapura ... dua bank asing diarah tutup. Beberapa individu dijatuhi hukuman atas pelbagai tuduhan.

Di Malaysia ....????
Jangan gelak ya ....!!!!

Orang yang disebut-sebut masih bebas kesana kemari mengutuk mantan Perdana Menteri (yang kini menjadi penentangnya).
** Peguam Negara dah "cuci bersih" nama individu berkenaan.
** CEO 1MDB pernah kata "mungkin ada berlaku penipuan". Setakat itu sajalah.
** berbillion disalah bayar kepada syarikat klon tak pernah dengar cerita mahu dituntut.
** macai-macai tetap kata "1MDB tak hilang apa-apa".

Tapi ...
** Hartabenda yang dirampas, disita tu milik siapa sedangkan pihak luar mendakwa "ia terhasil dari aktiviti kejahatan".
** tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negara luar tu nak diklasifikasikan bagaimana ...???. Acah-acah, pura-pura atau betul-betul ..???

Nampak sangat pihak berkuasa yang terbabit dinegara kita TIDAK ENDAH, TIDAK PEDULI dengan apa yang dilakukan oleh pihak luar.
** iyalah. Kita dah bertekad bahawa "kita tidak mahu CAMPURTANGAN ASING" dalam menguruskan hal begini.
(itu sebab tiada permohonan MLA kita buat dan kita pun tak melayan permohonan MLA dari negara luar). Herannya ... kita boleh pulak "terhegeh-hegeh" ke Thailand untuk menyoalsiasat Xavier Justo (yang dikatakan banyak menyimpan rahsia berkaitan kerjasama 1MDB dengan Petro-Saudi).

Hebat. Hebat.
** itulah yang uniknya kerajaan dan pentadbiran Malaysia hari ini.

p.s :
Pic yang saya tampilkan adalah sedutan artikel sahabat penulis saya di MyKmu. Portal dimana saya bergiat menulis lebihkurang 10 tahun yang lalu.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment