446 tahun bumi Melayu ini terjajah. Saya pun tak tahu macamanalah rupa keadaan kehidupan orang Melayu.
** tak ada buku sejarah yang dapat saya baca tentang hal itu. Jika cerita keris tombak, silat dan sebagainya tu tengok filem zaman P. Ramlee bolehlah.
Dalam celah-celah 446 tahun tu tentera Jepun menguasai bumi Melayu ni. Adalah sedikit-sedikit cerita berkaitan seksanya orang Melayu diceritakan dek orang-orang lama. Main angguk jer laaa.
Saya pun bukan ada waktu tu.
Menghampiri tahun-tahun untuk Merdeka khabarnya kebangkitan orang Melayu cukup hebat.
Hal-hal ini boleh kita baca dari catitan-catitan para penulis yang sebahagiannya masih lagi bersama kita pada hari ini.
** nak tahu lebih lanjut kisahnya ... Rajin-rajinlah cari buku rujukan. Saya nak cerita pun panjang sangat. Lagipun .. Bukan saya wujud pun ketika zaman-zaman datuk nenek mak bapak berjuang untuk Merdeka dulu tu.
Pendekkan kisah ....
Kita dah Merdeka 60 tahun.
Yang baru hidup belasan dan yang berusia bawah 40 tahun memang tak berasa sangat kesan-kesan penjajahan bentuk lama.
** bukan saja lahir jauh lewat selepas Kemerdekaan tetapi lebih hebat. Hidup-hidup terus dapat merasa kemewahan dan kesejahteraan tanpa merasakan jerih perit seperti generasi terdahulu.
Namun ..
Seperti biasa cabaran tetap tidak pernah berkurang. Jika dulu berjuang untuk memerdekakan Negara (dari cengkaman penjajahan) ketika ini generasi berjuang untuk kemerdekaan itu terus bertahan.
** Mengelakkan negara dijajah semula.
** menangkis penjajahan bentuk baru yang menggunapakai teknologi terkini.
Bagi saya ... Cabaran yang kita depani hari ini lebih mencabar dari yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita dahulu.
... bersambung ...
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment