Bangsa yang paling sukar untuk melakukan perubahan adalah bangsa saya .... Melayu.
Itulah sebabnya mengapa tanah milik Melayu ini terjajah ratusan tahun.
Apabila telah bebas dari penjajahan yang begitu lama maka bangsa saya mungkin fobia dengan penjajahan dan kesannya bangsa ini sudah jadi terlalu sukar untuk mempercayai bangsa atau kaum lain.
Namun agak menghairankan bila mana didalam rasa tidak percaya kepada kaum lain bangsa ini tetap bergantung harapan kepada mereka (yang bukan sebangsa)
** cubalah keadaan sebenar disekeliling kita
Melayu takut hilang kuasa politik tetapi tidak langsung risau hilang kuasa (kekuatan) dalam ekonomi serta ketinggalan jauh dalam bidang-bidang lain.
Dek kerana itulah UMNO berjaya mengekalkan cengkaman mereka. Kerana bimbang kuasa politik terlucut maka UMNO mewar-warkan kemungkinan buruk yang boleh berlaku terhadap Melayu sekiranya UMNO tidak lagi berkuasa.
Dalam hal ini, Melayu tidak mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor untuk dibuat perbandingan.
Keadaan kehidupan bangsa Melayu tetap berjalan sepertimana biasa malah ada yang kelihatan lebih baik daripada sebelumnya.
** jikapun ada sedikit kerumitan yang berlaku ia bergantung dari sikap orang Melayu sendiri (yang gagal menyesuaikan diri dengan perubahan). Kemelut menjadi bertambah sukar apabila UMNO mengambil kesempatan menjalankan agenda mereka.
Saya melihat bahawa bangsa Melayu sememangnya inginkan perubahan. Keadaan waktu ini sebenarnya ternyata menghimpit teruk kehidupan mereka. Hanya suatu yang menjadi penghalang ... Melayu was-was dan tidak yakin untuk melakukannya.
Maka menjadi tugas kita ... Pendokong-pendokong parti (yang ingin menumbangkan UMNO) untuk membakar semangat Melayu untuk berubah. Tanamkan keyakinan bahawa ada masa depan yang lebih baik untuk mereka dengan syarat rasuah serta penyalahgunaan tidak dibenarkan berleluasa.
Melayu boleh berubah
UMNO boleh disingkirkan
#tanpa_UMNO_Melayu_tidak_BANGSAT
#tanpa_UMNO_Melayu_boleh_jadi_HEBAT
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment