Thursday, October 5, 2017

Perbetulkan Tumpuan, Usah BAZIRKAN Masa

Semalam saya dah beritahu ... Siapa-siapa yang bawak isu merapu, siapa-siapa yang meraban tak ketahuan bertelagah, berdebat dan berhujah di laman sosial (terutamanya facebook) bakal saya kurung dalam kandang BLOCK fb saya.
** saya tak kira samada kawan atau lawan. Buang masa buang data. Banyak hal yang lebih bermanfaat yang boleh kita lakukan berbanding buat kerja sebegitu.
** semalam pun dah saya block rakan yang kerap berhubung dengan saya (berkaitan dengan hal-hal politik). Sebabnya ... Kerana dia ghairah berlawan dengan macai-macai Najib yang memang tak boleh dibentuk dinasihat.

Orang kata "belakang parang jika diasah digosok dengan batu asah lama kelamaan boleh jadi tajam".

Cehhhhhh ....!!!!
Toksah jadi boddow lahhhhh.
Pi jahanam dengan belakang parang.
Dah tentu dibahagian mata parang tu tajam apa perlu nak diasah dibahagian belakang ..??
Apa kejadahnya ...???
Belakang parang tu kut nak bagi patah tengkuk atau leher bolehlah diguna. Untuk menyembelih atau melukakan ... gunalah bahagian depan yang sudah sedia tajam. Kurang tajam asah laaaa.
** ada akai tak ...???!

Saya melihat ... Penyakit ini pun tak terkecuali menjangkit kepada pimpinan-pimpinan tertinggi PH (termasuk pimpinan PPBM laaaa).
** saya tak keberatan nak sebutkan siapa. Ayahansa Tun M pun dah terperangkap sama.

** nak saya BLOCK jugak ker ....???
Nanti duluuuuu ... !!!
Biaq saya terus beritahu kenapa saya katakan Ayahanda Tun M pun sama terjerat.

Cuba lihat kepada banyak sedutan-sedutan video yang diviralkan.
** Ayahanda Tun menyindir Tunku Aziz (bekas Timbalan Pengerusi DAP)
** Ayahanda Tun menempelak Raja Petra (tukang tulis kitab rujukan BN)

Ehhhh....!!!
Kenapa ni ....???
Kenapa kita perlu terikut peraturan (percaturan) yang mereka mainkan ...???
Kita dah tahu bahawa apa yang mereka perkatakan adalah persepsi, spekulasi dan provokasi.
** kenapa dilayan ...???
** adakah mereka akan berundur (berhenti menyerang dengan fakta-fakta direkayasa) ...??
** tak penatkah kita ....???

Cukuplah.
Tolonglah abaikan mereka.

Yang patut kita teruskan adalah bertemu rakyat, bersemuka dengan pengundi. Perjelaskan apa yang sedang melanda kita dibawah pentadbiran bobrok Najib. Jika kita sibuk melayan macai-macai tugas dan tumpuan utama kita terabai.

Masa semakin suntuk.
Rakyat masih perlu maklumat tepat dari kita.
** mereka perlu dibrrikan keyakinan untuk merobah keadaan.
** kuasa penentu adalah pengundi yang jumlahnya berjuta. Bukan ditangan Raja Petra atau Tunku Aziz sahaja. Bukan jugak bergantung harap dengan undian macai-macai Najib. Dedak yang mereka hadap takkan membuatkan mereka mengubah pendirian.

Sedarlah.
Jangan terpedaya apalagi terperangkap dalam permainan kotor mereka.

jangan_sampai_saya_pulak_BERUNDUR

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment