Friday, October 13, 2017

Sayangi Malaysia Hapuskan KLEPTOKRASI

Sayangi Malaysia
Hapus Kleptokrasi.

Tepat sangat niii.

Rakyat selama ni memang sayang negara (Malaysia).
** kena bayar GST depa tetap bayar walaupun ada rungutan.
** banyak subsidi terhapus rakyat tetap berbelanja jugak.
** harga minyak petroleum sekejap turun kerap naik pun rakyat tak berhenti jugak membeli.
** biasiswa, bantuan dan pelbagai kemudahan yang sebelum in diperolehi dah tak ada .. Rakyat tetap jalani kehidupan macam biasa.
** shopping mall dan lebuhraya tetap penuh (kekadang shopping mata jer) waima belanja terpaksa dilebihkan.

Semuanya kerana sayangkan negara.
** salute rakyat Malaysia.
Najib sendiri pun mengaku "tanpa GST ekonomi dan kerajaan #lumpuh".

Yang jadi masalah sekarang ni ...
Si Kleptokrat sorang tu. Tak cukup dia, dibariskan puluhan menteri, ratusan pembodek dan ribuan penjilat disekelilingnya supaya pemerintahan #Kleptokrasi dapat dilaksanakan. Perah keringat rakyat kemudian depa bermewah-mewah.

** kleptokrat laki bini dapat kemudahan segalanya #percuma. Rakyat tanggung. Berjalan sana sini, berbelanja itu ini sebebasnya. Sakau tu jangan ceritalah. Boleh ditafsir jadi #derma. Apa ada hal ..???
** untuk dapat sokongan ... Orang disekeliling diagihkan imbuhan. Ramai yang mengaku memang ada terima bahagian. Dah ada bahagian depalah yang bertindak jadi jurucakap kepada si Kleptokrat. Kleptokrat sesekali jer bermadah berhelah songsang sebagaimana adanya.
** tukang salak di media sosial diberi senjata Samsung A9 dan sedikit habuan dedak. Menyalaklah pagi petang siang malam memuji menjulang nama si Kleptokrat. Salah letak tepi yang benar lagilah semangat depa berapi-api.

Kleptokrasi inilah yang nak kita #hapuskan.
Sampai bila nak kita biarkan berleuasa menyalahguna kuasa, mencemar maruah dan menggadai negara.

#kita_BINA_semula_NEGARA
#sayangi_MALAYSIA_hapuskan_KLEPTOKRASI

14 Okt 2017

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment