Friday, September 29, 2017

Perjuangan : Fahami dan Hormatilah

Rakan saya tahu bahawa saya salah seorang yang kuat menentang Paklah dahulu. Dia tahu saya banyak menghentam melalui tulisan-tulisan yang kerap diterbitkan disebuah portal politik.
Hari ini dia pun tahu saya antara yang kerap mengkritik Najib pula.

Lantaran hal itu dia ambil peluang untuk "pulang paku buah keras".

Sokonglah Mahathir lagi. Dulu sokong untuk tolak Paklah, sekarang sokong untuk singkir Najib. Lepas ini nak tolak siapa pulak ...???

Hahahhhhhh.
Lu silap laaa bebbb.....!!!

Saya tanya rakan ni.
"Ko nampak tak kelemahan Paklah hingga kita pakat tukarkan dulu ....???".

Nampakkkkk .....!!!

"Jadi .... Apa yang ko buat ketika itu ...???".
Dia geleng kepala dan angkat bahu.
** maknanya .... Tak buat apa laaaa. Main tengok jer. Memang nak kena ceramah dengan saya la nih.

"Ko nampak, tak buat apa. Dan sekarang keadaan jadi lebih parah dari era Paklah ko ambil peluang nak perli dan sindir aku. Jadi .... Aku anggap ko ni ibarat lalang. Kalau lalang kering ko ni bakal hangus terbakar tak boleh pertahankan diri".

"Aku dulu berjuang untuk jadikan keadaan lebih baik ... Bukan untuk aku, bukan untuk ko dan bukan untuk sesuatu kelompok. Tetapi untuk semua. Bila apa yang ditukar, diubah tak mencapai apa yang diharapkan, bukan seperti yang semua orang mahu ... Aku tak takut untuk berjuang semula. Dan ko pulak .... Ambik peluang untuk mentertawakan".

Aku tak maksud nak ketawakan ko laaaa ...!!!

"Owh ... Tak ketawakan aku. Tadi tu ko bukan setakat ketawakan aku tapi ko ketawakan Tun Mahathir dan mereka yang sama-sama berjuang dengan dia".

"Macam aku bagitau tadi ... Aku berjuang, Tun Mahathir berjuang bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk kita. 30 juta rakyat Malaysia perlu nampak perubahan. Dunia pun perlu kita perlihatkan suatu perubahan. Walaupun ko tak berjuang tapi ko nampak macamana keadaan kita hari ini. Tak berjuang tak apa tapi jangan sesekali perlekeh atau persenda kerana hasilnya nanti tempias tetap jugak kepada ko, anak bini dan sedara mara. Jadi ... Ko fikirlah apa baiknya yang dah ko buat pada aku dan termasuk rakan seperjuangan aku".

Sorry laaaaa.
Aku tak tahu pemikiran ko serius sampai macamni.

"Tak apa .... Ko tak pernah rasa dan fahami erti berjuang macam aku. Jika nak rasa ... Ko buat pelan-pelan. Perhati dan jika kurang faham bertanya pada yang tahu. Malu bertanya dengan orang lain .... Aku ni kawan ko. Takder hal dan takder sebab untuk ko malu dengan aku"

"Owh yaaa. Ko perlu jugak tahu. Kalau aku padam dalam tempoh ini ... Aku tak akan menyesal kerana aku dah buat sesuatu untuk diri sendiri, untuk kaum keluarga dan ko sekali. Yang penting usaha untuk perbaiki keadaan dah dibuat."

Okay. Okay.
Aku tabik, aku hormat cara ko.

"Baik. Lunch ni aku settlekan. Assalamualikum"

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment