Tuesday, September 26, 2017

Pelaburan KWSP

Saya dah takmo cakap pasal parti politik. Penat.

Jadi untuk kemaskini wall fb biar saya sentuh hal-hal pengurusan dan pentadbiran cukuplah.
** tolong jangan kaitkan dengan kisah pergelutan antara mana-mana parti dalam isu yang saya bawa ni tetapi jika ianya terkait jugak ... Bukanlah niat saya begitu.

Waktu minum pagi tadi saya diajak bersembang hal pelaburan KWSP diluar negara oleh seorang rakan. Dia minta saya mengulas apa baik dan apa buruknya.

Tak banyak yang mampu saya nyatakan pandangan cuma saya beritahu dia bahawa "sepanjang yang saya tahu jumlah pelaburan luar (yang dibenarkan) sudah hampir mencecah paras siling".

Jika pun KWSP mahu melabur lagi maka eloklah dibuat didalam negara.

Rakan tanya balik "nak melabur apa lagi dalam negara ni ...?? Lagipun pelaburan luar bawa lebih pulangan ..."

Owh. Iya ker ...???

** kita pinjam RM55 billion dari China untuk bina ECRL. Kenapa tidak KWSP sahaja yang peruntukkan modal untuk projek berkenaan ...???
Jika kerajaan berani membuat pinjaman luar untuk ECRL sudah tentu ianya dijangka membawa keuntungan. Jadi mengapa tidak saja beri keuntungan tersebut kepada KWSP (dan para pencarumnya)...???
Kenapa beri keuntungan kepada syarikat China ..??
** untung kontraktor
** untung faedah pinjaman (bank)

** HSR pun mahu dibina. Kosnya pun puluhan billion tu. Syarikat mana yang bakal membangunkannya ...???
Kenapa KWSP tak nampak keuntungan yang boleh diraih disitu ..???

Saya sebutkan dua projek besar saja. Sebenarnya ada banyak lagi  perkara yang boleh KWSP lakukan dan ia membolehkan banyak projek dimiliki sendiri oleh warga Malaysia. Kenapa ianya tidak dibuat. Kenapa kita pandang jauh ke luar sedangkan ruang yang ada didalam kita serah kepada orang luar ...???

Rakan angkat tangan.
Katanya "okay aku faham".
Penjelasan (atau pertanyaan) kurang bijak saya dia terima. Saya tak pasti apa lagi yang akan dia fikirkan selepas saya berceloteh tadi.

Biarkanlahhhh....!!!!

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment