Sahih Najib ni makin lama makin teruk.
Kita kritik dia dikata kita salah walaupun apa yang kita buat adalah mengulang apa yang dah dia ucapkan.
** sebenarnya dia tahu bahawa kita bercakap hal yang betul. Terapi dek kerana kita suarakan dalam bentuk bantahan ... Dia boleh pulak pusing balik.
Kita jugak yang dipersalahkan.
Saya dan ramai rakan-rakan jadi bingung dengan perangai Najib kebelakangan ini.
Macamana pun, kami buat rumusan ... Najib sudah tak kompeten. Dah habis luruh kewibawaan dia berbanding sewaktu dia mula mengambil-alih jawatan dari Paklah dulu.
** menyerahkan jawatan PM untuk disandangnya bagi penggal-penggal mendatang serupa kita meletakkan leher ditali gantung (lebihkurang begitulah bahayanya).
Lihatlah kebertanggungjawabannya terhadap amanah yang digalas.
Memang ketara merosot teruk.
** kenapa bagi tempoh dua tahun berturut Najib tidak ke persidangan PBB sebaliknya hanya menghantar wakil bagi pihaknya ...??
Apakah tugas menyambut atlet Olimpik dari Brazil lebih utama berbanding hadir di New York ..??
Apakah merasmikan Himpunan MIC jadi lebih penting dari berada di PBB ...???
Jahanam kita ada ketua yang bertindak ikut suka hati dia. Mungkin keberadaannya sentiasa didalam negara kerana hilang keyakinan terhadap orang-orang bawahannya (bagi berdepan cabaran hebat dari lawan).
** sia-sialah jentera propagandanya disuap upah yang banyak apabila pemberi upah sendiri sudah hilang keyakinan.
Cytro dan grup pemikir Najib ...
** cukuplah tu.
Panglima/Pahlawan yang kamu puja puji tu dah goyah dan goyang.
HIJRAH laaaa weiiiiii
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment