Friday, February 2, 2024



UNDANG-UNDANG SISTEM KASTA

Malaysia dah perlu ada dua set peruntukan undang-undang.
Kayangan satu set
Marhaen dan rakyat yang merempat guna set yang lain.

Kes-kes yang membabtkan kayangan tak payah keluar masuk mahkamah, selepas disiasat dan dikumpul bahan bukti ... mereka yang terdakwa bawak terus kepada Lembaga Pengampunan. Bagi shortcut proses perundangan.
** Lembaga Pengampunan terus tetapkan hukum. Tak buang masa mahkamah, hiruk pikuk dengan penyokong pentaksub. Loyar-loyar tak kelam-kelibut bertekak bertahun-tahun.

Kes marhaen/rakyat merempat tak makan masa sebab mereka tiada penyokong yang nak buat huru-hara.. Jika hari ini dibicara, esok dah boleh jatuh hukum atau paling lewat sebulan dah dapat keputusan.
** wajid diingat ... amat jarang dengar, atau langsung tak pernah berlaku kes rakyat merempat yang dihukum ni mohon pengampunan. Jadi Lembaga Pengampunan tak terkait dengan rakyat.

Untuk realisasikan peruntukan undang-undang SISTEM KASTA ni ... Perlembagaan perlu dirombak.
** dan kita tahu mereka yang terpilih sebagai wakil rakyat punya kuasa untuk melakukannya di Dewan Rakyat. Mereka jugak (wakil-wakil rakyat) termasuk sama dalam kelompok KAYANGAN, golongan DEWA-DEWA yang saya maksudkan pasti gembira jika ada peruntukan undang-undang sebegini diwujudkan.
Kerajaan ini kerajaan KAMI, ikut suka kami apa nak buat.
** rakyat dah serah segala mandat berkaitan pada PRU yang diadakan. Dan rakyat tak boleh cakap banyak kerana kuasa ditangan mereka hanya dikertas undi.
Syor ini saya tak buat main-main tetapi dah diteliti dan buat pemerhatian dari segala yang berlaku pada kebelakangan ini FAM @ Sgt.Jo (Unclejarum) 03022024

No comments:

Post a Comment