Sunday, February 25, 2024

TAK RETI BUAT KERJA ... SILA KELUAR


Ni satu nak bagi ingat dekat PM Kaki Temberang tu.

Pertama :

Ko dapat duduk kerusi sekarang ni pun atas PLATFORM POLITIK.

Tak payah nak nafikan.

Kedua :

Perkara-perkara yang ditegur sekarang ni oleh bukan sahaja oleh barisan pembangkang malah oleh majoriti rakyat inilah yang ko jadikan bahan kempen bagi ko menjuarai dunia politik Malaysia.

** ringgit jatuh

** harga barang mencanak naik

** kisah bangangkan orang sebab tak pandai jaga negeri.

Ketiga :

Tidak semua orang lupa apa yang ko canang selama ini pasal nak turunkan harga itu ini, nak tamatkan, mansuhkan macam-macam perkara konon-kononnya nak membela nasib rakyat.

Sekarang kesemua yang ko canangkan dulu tak dilaksana sepertimana yang berpuluh tahun dijanjikan. Bila orang tegur ko kata "jangan jadikan sepak terajang politik".

** semua yang ko cakap dulu dah jadi SENJATA MAKAN TUAN. LUDAH JATUH KEMUKA SENDIRI.

Jika taknak orang jadikan ianya hal politik ... jalankan kerja sebagaimana yang dijanjikan. Bukan bagi alasan, bukan mengelak untuk menjawab bila ditanya. Dan ... paling penting jangan salahkan orang.

** hentikan tohmahan orang itu buat komplot, adakonspirasi atau sebagainya.

** jangan benarkan sesiapa saja mengada-adakan cerita yang kononnya ada pihak tertentu mensabotaj setiap usaha kerajaan.

Dah setahun lebih berlalu.

SATU TAHUN LEBIH ....!!!!!.

** bukan 20 hari, bukan 24 jam.

Prestasi, KPI kerajaan yang ko kepalai ini sekarang memang berada pada tahap PALING TERUK.

** tak salah kalau saya ulang ... "ini kerajaan yang MELAMPAU-LAMPAU BANGANGNYA" melebihi bangangnya kerajaan yang ko kata bangang dulu.

Setahun lebih ini ... tanpa ada apa-apa pandemik, tanpa ada apa-apa halangan berat ... masih gagal mengKOTAkan apa yang pernah ko cakap.

Ringkasnya : CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

                     CANANG LAIN DIBUATNYA LAIN.

Dengar rungutan rakyat dan ubah semampunya.

** kalau tak mampu melakukan ... tak perlulah rakyat atau sesiapa tolong tunjukkan PINTU KELUAR.

Sendiri kena SEDAR.

No comments:

Post a Comment