Monday, February 26, 2024


RAIKAN KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Tourism Johor kata "manfaatkan kejatuhan nilai ringgit" yang berlaku sekarang.
** maksudnya bagi menarik pelancong luar terutama daripada Singapura datang ke Malaysia untuk berbelanja.
** maknanya kejatuhan nilai ringgit ni tak boleh kita menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah ianya jatuh terus. Lagi BESAR MANFAATNYA kan ..???.

Niiiihhh ...!!!.

Penduduk Singapura tu sikit sangat berbanding kita.
Dan yang nak datang berbelanja pun bukannya semua.

Kalau nak lebih ramai pengunjung saya syor dua benda.
** fokus kepada negara jiran kita Indonesia.
** turunkan nilai ringgit sehingga sama seperti nilai rupiah Indonesia.

Indonesia punyai hampir 280 juta penduduk. Jika separuh saja pun datang ke negara kita ...dah ada 140 juta orang.

Bila nilai ringgit dengan rupiah dah sama level ... berpusu-pusu orang seberang datang kesini untuk membelanjakan duit mereka. Nilai dah sama kan ...???. Tak cukup kapalterbang, kapal laut .. dengan sampan pun mereka akan sampai.
** buatlah macamtu. BESAR MANFAATNYA ...!!!.

Itu belum lagi diambilkira kedatangan dari pengunjung dari negara lain. Almaklumlah ... kita dah jadikan dan tawarkan nilai ringgit yang PALING RENDAH dalam Sejarah.

Ketika itu pulak ... jangan lupa bahawa HIDANGAN WARISAN terbaru kita ..

BAK KUT TEH dah boleh dipromosikan kaw-kaw. Pasti LARIS.



Waktu kedepan nanti kehidupan kita cukup mewah dan negara kita jadi terkenal seantero dunia.

Seronokkkkk ....!!!!.

No comments:

Post a Comment