Wednesday, November 15, 2017

Beri Ruang kepada Harimau Malaya

Lari sikit daripada hal politik.

Ini kisah laporan akhbar semalam.
Sotong Malaysia kena "ratah".
Huhhhh. Tak patuttt ...!!!!

Reporter ni suka sedap jer ikut hati nak menulis begitu. Baik kalah bagaimana teruk pun janganlah sewenang-wenangnya menukar nama pasukan "Harimau Malaya" yang dah sinonim dengan arena bolasepak kebangsaan. Itulah jugak nama yang dijulang sejak lama dulu.
** siapa guru yang mengajar berbuat tak sopan begitu ..???
** mana yang dikata "etika kewartawanan" yang sering dilaungkan selama ini. Jangan tersinggung jika saya gelarkan wartawan terbabit sebagai "warga haprak".

Saya tidaklah sehebat mana tahu tentang dunia bolasepak ini. Namun sewaktu tubuh masih sihat segar dahulu biasa jugak terbabit bermain, melatih dan menguruskan sebuah pasukan kecil.

Biarpun bagaimana status pasukan ianya tidak banyak berbeza. Yang lainnya cuma pentas dan tahap dimana sesuatu  pasukan  beraksi.

Kita sedia maklum bahawa ranking "Harimau Malaya" tidaklah sebaik dahulu. Kemerosotan telah terjadi sejak bertahun. Usaha memulihkan kedudukan bukan suatu kerja yang mudah. Jika kita melakukan usaha yang keras untuk mempertingkat mutu permainan jangan ingat kita sudah sempurna kerana pasukan lain pun melakukan hal yang sama.
** yang menentukan kejayaan atau kegagalan adalah kualiti. Pemain, jurulatih, team pengurusan, kerjasama dan keserasian yang diterapkan didalam pasukan.

Kita baru sahaja bertukar jurulatih.
Jurulatih pula perlu mengenalpasti para pemain yang layak diketengahkan.
** semua ini perlukan sedikit masa untuk mencapai objektif.

Jangan berharap ada keajaiban berlaku dalam masa yang singkat.


Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment