Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang ditahan dibawah SOSMA kerana membuat laporan berkaitan skandal 1MDB dibeberapa negara luar.
** sabotaj ekonomi katanya.
Xavier Justo yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand diambil keterangannya oleh Polis Malaysia.
** sehingga KPN bersara pun laporan temubual tidak didedah sepertima yang dijanjikan. Apa cerita ...???
Ambiga Sreevanasan disiasat kerana membekalkan maklumat yang kemudiannya disebar oleh Clare-Rewcastle melalui portal Sarawak Report
** menggugat ketenteraman awam pulakkk.
Laporan Audit pun jadi mangsa ditangkap dan disumbat didalam kurungan Akta Rahsia Rasmi.
** entah apa salahnya Laporan Audit ni pun kita tak pasti.
** Nasib baik bekas Ketua Audit Negara dapat bersara dengan aman tanpa ditahan ataupun disiasat (kerana mengeluarkan laporan tersebut).
Sebenarnya yang menimbulkan kegusaran rakyat (hingga berasa tidak tenteram) adalah tindakan-tindakan yang saya sebutkan diatas.
Jho Low (watak utama wayang 1MDB) yang namanya banyak kali disebut masih bebas tanpa disiasat apatah lagi untuk ditahan.
Riza Aziz (tokey filem Hollywood) masih boleh mengekori ibu dan bapa tiri dalam mana-mana siri lawatan ke luar negara.
Ramai lagi penyandang jawatan penting dalam syarikat 1MDB yang bermasalah hilang entah kemana.
** tidakkah ini semua dilihat sebagai menggugat mengganggu ketenteraman awam ...???
** kenapa tiada antara mereka ditahan dan disiasat ...???
** tidak dijumpai atau memang tiada usaha untuk dijejaki ...???
Banyak persoalan yang bermain diminda rakyat.
** apakah persoalan-persoalan demikian dapat #membahagiakan ..??
Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed
No comments:
Post a Comment