Tuesday, January 30, 2018

Perkukuh MODAL INSAN dikalangan rakyat

Saya tidak menolak kemajuan dan pembangunan yang dilakukan didalam Malaysia.
Begitu jugak rasanya pendirian sebilangan besar dari rakyat.
** kerana kemajuan dan pembangunan itu perlu maka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menggagaskan Wawasan 2020.
Hanya berbaki 2 tahun untuk kita melihat ianya tercapai.

Biarpun kita bercita-cita untuk maju dan membangun, tindakan terdesak untuk merealisasikan hasrat tersebut secara tidak teratur bakal "memusnahkan" negara. Yang bakal menerima tempiasnya kelak adalah rakyat dan negara.

Lihat bagaimana gelojohnya Najib dan barisan kabinetnya bertindak melulu dalam usaha untuk mempopularkan diri.
** belum lagi Wawasan 2020 terlaksana mereka telah mensasarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) lalu usaha-usaha bagi merealisasikan W2020 terabai kerana sibuk pulak mengisi masa untuk bercakap hal TN50.
** Bukankah baik sekiranya hasrat tersebut diwar-warkan selepas kita melihat pencapaian W2020 itu bagaimana hasilnya.

Inilah yang dinamakan "pembaziran". Sama seperti kempen penerangan berkaitan perlaksanaan GST dahulu.
** peruntukan diberikan berjuta tetapi setelah lebih DUA tahun GST diimplementasi masih terdapat banyak rungutan dan protes dilakukan rakyat.

Berkaitan pembangunan dan kemajuan yang ingin dilaksanakan saya hairan mengapa kerajaan terlalu mengutamakan pihak luar untuk melaksanakannya.
Apakah tenaga, ilmu dan kemampuan pihak dalam negara tidak mampu melaksanakannya.
** lebih parah ... banyak kerja yang dibuat mendapatkan pembiayaan suatu pihak yang kita tahu tentang matlamat sebenar mereka. MENGUASAI rantau sebelah sini dengan melambakkan duit (hutang) merata negara dan kemudian pihak yang menerimanya berdepan tekanan.
Lihat saja bagaimana kaedah hutang 1MDB dikendalikan.
** Apa untungnya terhadap rakyat dan negara ..?.?

Persoalannya :
Kenapa kemampuan, tenaga, ilmu dan kepakaran warganegara tidak DIGEMBELING untuk membangunkan negara sendiri ..??
** jika jawapannya kerana tidak ada pihak yang sanggup melaksanakan adalah lebih baik dibangun MODAL INSAN dari kalangan rakyat sendiri. Ubah mentaliti mereka dan bangkitkan semula semangat MALAYSIA BOLEH yang selama ini telah mengangkat nama Malaysia ketahap Harimau Asia.

Apakah ianya mustahil (untuk dilakukan)..??
** jika kerajaan sedia ada tak mampu menjadikan ia REALITI ... serah hal pentadbiran dan pengurusan negara kepada .... Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Saya 101% yakin imej Malaysia akan kembali DIHORMATI

Fb ID :
Fadzil
~Sgt.Jo~
3101181341hrs.

No comments:

Post a Comment