Banyak manusia yang beranggapan bahawa syurga yang akan datang itu terpisah dari kehidupan sekarang ini. Syurga yang akan datang itu tidak terkait dengan bumi ini."
Petikan itu memberikan kita pengajaran bahawa dengan melupakan kehidupan di dunia, kita tidak mungkin dapat memasuki syurga di akhirat. Ia mempunyai hubung kait yang erat, kerana kehidupan dunia dianggap sebagai jambatan kehidupan di akhirat.
Kehidupan di dunia dibahagikan kepada dunia dimensi, iaitu dimensi hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai pencipta dan dimensi kemanusiaan, hubungan bermasyarakat kerana manusia adalah makhluk bermasyarakat. Islam meletakkan kehidupan bersosial dan bermasyarakat kerana pengekalan ummah dan kesinambungannya adalah bergantung kepada kekuatan sosial ummah yang berkenaan.
Adalah tidak tepat bagi sesiapa pun untuk menolak dunia atas alasan demi keutamaan hidup di akhirat atau menolak akhirat untuk hidup selesa di dunia. Kerana itulah Islam membahagikan corak kehidupan ini kepada dua tanggungjawab yang saling berkaitan, iaitu fardu ain dan fardu kifayah.
Fardu ain menitikberatkan tanggungjawab individu terhadap Allah SWT dan ia dinilai berdasarkan amal ibadat dan kepatuhan kepada "penyerahan diri".
Fardu kifayah pula meletakkan tanggungjawab sebagai ahli dalam kumpulan masyarakat, yang mana akan menentukan kelangsungan komuniti, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Melalui sumbangan individu sebagai ahli masyarakatlah maka terdirinya sesebuah tamadun dan kekuatan ummah.
"Umat Islam tertinggal dalam kehidupan dunia kerana umat Islam telah menceraikan iman dan akal fikiran. Dunia sebagai ladang bagi akhirat diabaikan. Padahal, fungsi akal fikiran adalah untuk menata dunia ini sebagai sarang bagi kehidupan manusia itu sendiri. Melupakan dunia bererti melupakan sarangnya.
Tanpa sarang, mana boleh bebas terbang di angkasa? Dunia adalah ladang dan akhirat merupakan tempat untuk menuai. Tanpa menggarap dunia dengan benar, bagaimana kita boleh ke syurga? Tanpa menanam, bagaimana kita dapat mengetam?"
Terdapat dua keadaan yang berlawanan. Satu kumpulan manusia hanya menumpukan perhatian untuk ke akhirat dan satu kumpulan yang lain melupakan kehidupan akhirat, hanya menumpukan seluruh kemampuannya mendapat kedudukan terbaik didunia.
Bagi kumpulan yang menumpukan perjalanan akhirat, melupakan terus bahagiannya di dunia sehingga menyingkirkan diri daripada masyarakat, tidak berusaha memenuhi keperluan hidup. Hidupnya penuh dengan ibadat dan keperluannya seharian didermakan oleh orang lain. Seluruh masanya digunakan untuk beribadat. Inilah dua golongan manusia ekstrim yang menyempitkan keluasan, kesesuaian dan keunggulan Islam.
Menurut Ibnu Arabi, dunia ini adalah tempat kita diberi pelajaran dan harus pula menerima ujian. Ambillah yang kurang daripada yang lebih, di dalamnya. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki walaupun apa yang dimiliki itu masih kurang berbanding orang lain. Kekurangan itu tidak pula bermakna dunia ini terlalu buruk, ia tetap menjadi ladang bagi hari akhirat.
Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apa erti keduniaan itu? Rasulullah SAW menjawab: "Segala sesuatu yang menyebabkan kamu abai dan melupakan Tuhanmu." Kegiatan duniawi tidaklah buruk pada dirinya sendiri, tapi keburukannya terletak pada mereka yang lupa kepada Allah SWT.
Beramal dengan amalan yang soleh ataupun melakukan kebaikan yang memberi manfaat kepada diri dan masyarakat dikira lebih baik daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.
Sumbangan itu menjamin kehidupan yang baik seperti yang dikehendaki oleh Islam dan perlu dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain.
Neraca kebaikan itu pula ialah menjauhi diri daripada sebarang perkara buruk dan yang diharamkan oleh Allah SWT. Orang yang soleh bukanlah manusia yang panjang sujudnya tetapi ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Orang yang bertakwa tidak bererti mengabaikan kehidupan di dunia . Kehidupan dilaksanakan secara penuh bertakwa dan berhemat kerana ia yakin akan memperoleh berkat buat kehidupan di akhirat dengan memahami bahawa takwa adalah landasan kehidupan dunia dan akhirat sekaligus.
Allah SWT banyak membicarakan dalam al-Quran bahawa seseorang yang bertakwa akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini jelas berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka." Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (Surah al-Baqarah ayat 200-202).
Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik sebagaimana Allah SWT sudah berbuat baik kepada kita. Kita harus memahami bahawa kalau seseorang itu hanya menekankan satu aspek hidup iaitu dunia sahaja atau akhirat sahaja bererti ia sudah mengingkari perintah Allah SWT .
Allah menegaskan dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77 : "Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan."
Kalau kita berzikir dan berpuasa di masjid, tetapi nafkah ditanggung orang lain, layakkah kita digelar mukmin sejati? Tidak ada jaminan. Ia tidak buruk tetapi itu pasti bukan cara hidup Islam yang terbaik.
Hakikatnya hari ini ada sebahagian daripada para intelektual muslim bersikap prejudis, pengecut dan enggan untuk terlibat dalam kancah politik dunia bagi tujuan memperbetulkan situasi buruk (perpecahan) dengan memilih politik uzlah atau mengisolasi diri daripada terlibat dalam masalah duniawi. Malah ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan kebaikan hidup di akhirat dicerita dan diberikan ulasan yang difahami sebagai mencela dan mencerca dunia.
Kesannya ramai di kalangan mereka yang cuai dan mengabai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, bahkan lupa kepada tugas yang dia dipertanggungjawabkan. Dan kita sering mendengar perkataan yang sangat popular iaitu dengar kata-kata mereka "dunia ini seperti bangkai dan mereka yang mencari dan menuntutnya adalah anjing."
Manusia diharamkan merendahkan diri terhadap alam raya ini sebab dengan dengan demikian itu manusia telah mempersendakan rencana dan ketentuan Allah SWT yang telah memuliakan dan melebihkan manusia terhadap semua makhluk-Nya yang lain. Sikap positif terhadap dunia inilah yang telah membuat para tabii di zaman antara abad pertama hingga abad keenam menjadi pelopor dalam memajukan sains dan teknologi
Di sini dapatlah difahami bahawa definasi agama itu bukanlah ibadat ritual sahaja seperti yang disangka oleh segolongan mereka yang menolak kemajuan, malah ajaran agama itu merangkumi segala kegiatan hidup dunia dan akhirat (the way of life), hidup dan mati kita seluruhnya hanya untuk Allah Tuhan semesta 'alam.
Petikan dari blog....
Sememangnya semua huraian adalah satu hakiki yg tak boleh disangkal kesahihannya,itu adalah hukum dan adat bagi merealisasikan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini.
ReplyDeleteTanpa melengkapi keperluan dunia dan akhirat kita akan bergelar insan yang gagal dan rugi,didunia kita gagal mencapai kemahuan kita yang tak pernah puas,diakhirat kita rugi kerana mensia-siakan peluang utk mengabdikan diri kejalan Allah.
Petikan diatas hanya berkisar tentang golongan yang mementingkan akhirat sahaja...namun ada sedikit perkaitannya disitu.
Semua umat manusia yg punya kewarasan akal punya keinginan..:Ingin dipandang mulia.
Ingin berjaya.
Ingin kuasa besar.
Ingin disanjung.
Ingin harta yang banyak.
Ingin isteri yang ramai.
Ingin jadi cantik.
Ingin kereta mewah.
Ingin rumah besar.
Dan berjuta macam keinginan...itu adalah lumrah sebagai manusia yang punya nafsu dan akal.
TETAPI......
Bagaimana cara yang digunakan untuk mencapainya?.....Disinilah punca mengapa kita sebagai manusia terpesong akidah dan cara hidup sebagai muslim sejati.
Kita berbicara tentang kehidupan yang hanya memberatkan akhirat..bermakna kita tertumpu kepada golongan alim dan ulamak.
Kita lihat...mereka juga perlu hidup:makan,minum,pakaian,rumah,kerja,tuntutan batin,pergaulan,masyarakat,pendidikan,pemimpin..dan semua aspek yang akan melancarkan jentera kehidupan mereka.
Adakah mereka telah lupakan dunia iaitu sarang mereka?
Pastinya tidak..jika lupa..untuk hidup seharipun mereka tidak mampu.
Cuma..
Ada yang mengatakan golongan ini telah melupakan kelebihan yang Allah berikan untuk mereka didunia yang fana ini.
Siapa yang kata?
1-Mereka yang bawa kemajuan.
2-Mereka yang bawa pembangunan.
3-Mereka yang suka menakluk.
4-Mereka yang ingin kuasa.
5-Mereka yang ingin kerusi parlimen.
6-Mereka yang penuh tipu daya.
7-Mereka yang taksub.
8-Mereka yang egois.
9-Mereka yang tiada pertimbangan.
10-Mereka yang lupa Allah.
Dan bermacam2 lagi golongan MEREKA yang mengata....
Tetapi adakah BENAR apa yang MEREKA kata?jawapannya SALAH..kerana golongan ini tidak melupakan dunia..mana mungkin anak Adam yang dicampakkan kedunia melupakan nikmat yang dikurniakan padanya...TAK MUNGKIN!!!cuma...
Golongan manusia yang tak mementingkan sangat keduniaan kerana:
1-Mereka tahu diri.
2-Mereka tidak menongkat langit.
3-Mereka tahu bersyukur.
4-Mereka sentiasa redha.
5-Mereka takut hukuman Allah.
6-Mereka punya harga diri.
7-Mereka tak mahu dipijak2.
8-Mereka tidak gentar akan manusia.
9-Mereka tidak hipokrit.
10-Mereka bukan penggila kuasa.
11-Mereka tidak ego.
12-Mereka pertahankan negeri mereka.
Dan terlalu banyak sebab dan musababnya..terlalu banyak.
Sebagai rumusan..golongan yang tidak taksubkan duniawi ini kerana mereka hidup dengan penuh kesedaran..'HIDUPLAH KAMU HARI INI SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKANNYA'..inilah pegangan mereka.Kelansungan hidup tetap diteruskan tetapi memadailah untuk hidup sempurna sebagai hamba Allah yang tahu bersyukur.
Kehidupan sempurna seorang muslim bukan terletak pada harta yang terkumpul,kuasa yang dipegang,berapa negeri dalam genggaman,berapa bilangan bangunan yang dibina,berapa banyak mercu tanda terukir nama,berapa peratus sokongan rakyat TETAPI...
Sempurnanya seorang muslim kerana dapat hidup berlandaskan ajaran dan sunnah..memahami dan melaksanakan tanpa keraguan..walaupun tanpa keagungan,kemewahan,kuasa,pangkat,sanjungan...tetepi mereka hidup dengan aman,semangat yang padu,ilmu penuh didada,berdakwah dijalan Allah,sedia dan redha,negeri tidak dijajah,pegangan yang teguh...kerana rahmat Allah sentiasa bersama mereka.
Kehidupan kita sekarang jauh terpesong,Dinegara kita sendiri...kita dijajah seolah2 tiada maruah...kenapa?kerana maruah kini boleh dinilai dalam RM atau USD atau CEK.
Yang kaya bertambah kaya,yang miskin tercekik ditindas,pegangan agama ditendang dan digunapakai bila perlu.