Friday, October 30, 2009

Masalah Ibu-ibu Tunggal

Ada orang bersimpati dengan nasib Janda London. Dia dijadikan isteri nombor 7 dengan janji maskahwin sebuah bungalow dan sebuah kereta Mercedes tetapi akhirnya tidak mendapat apa-apa. Apakah sebenarnya yang menyebabkan dia rela untuk jadi isteri yang ketujuh...adakah kerana cintanya atau kerana nilai harta maskahwin yang dijanjikan kepadanya sedangkan dia mengetahui bahawa suaminya itu telah pun mempunyai 3 orang isteri.

Kenapa sampai nombor tujuh? Pasangan ini beragama Islam ke? Jika dia Islam Mazhab mana yang dianuti.. kenapa bodoh sangat? Kejadian ini memalukan kaum janda yang lain. Dimana ada dicatatkan undang-undang begitu. Agak-agaknya disekolah mana mereka belajar dan buku apa yang mereka rujuk...? Tiada salahnya Janda berkenaan ingin memiliki harta tetapi mengapa sampai sanggup melakukan perkara sedemikian. Untuk menjadi kaya seharusnya dia menggunakan akal, berfikir cerdik sedikit dan mengelakkan diri dari terpedaya langsung teraniaya.

Untuk mengatakan nasib Janda berkenaan malang?, Saya tak dapat terima jika Janda tersebut dikatakan bernasib malang. Dia pun sudah maklum bahawa lelaki itu sudah beristeri. 3 orang...... mengapa nasib malang jadi kesimpulannya? Itu sebenarnya memang menempah malang. Lebih malang lagi bila nasib malang tu dikatakan takdir. Hakikat sebenarnya ialah perempuan begini cuma menilai kebendaan.... kalau tidak kerana itu mustahil akan diungkit tawaran bungalow dan Mercedes sebagai hadiah maskahwin. Dia hanya mahukan hadiah ... kerana janjinya begitu.

Tidak dinafikan bahawa dizaman ini lelaki buaya darat memang ada... dan kesempitan seperti yang dilalui oleh Janda berkenaan menjadi kesempatan buat lelaki berkenaan. Maka terjadilah perkara-perkara seperti ini.

Sebelum artikel ini ditulis saya terbaca satu ruangan diakhbar Harian Metro dimana seorang yang agak terkenal menjadi model bagi majalah dewasa Playboy dengan alasan untuk melangsaikan hutang. Mungkin kerana personaliti tersebut seorang yang bukan Muslim maka ia kurang kita ambil tahu biarpun perbuatannya memang kurang baik. Begitulah antara contoh yang bakal terjadi bagi setiap orang yang dalam kesempitan. Dengar-dengarnya jualan bagi majalah tersebut menjadi cukup laris dengan penampilan model tersebut. Berbagai cara manusia menyelesaikan masalah.

Berbalik kepada kisah Janda tadi. Sebenarnya nasibnya tidak patut begitu. Lelaki sifatnya sebagai pelindung kepada wanita, bukannya mengambil kesempatan atas kelemahan wanita...Keadaan inilah diantara punca masalah sosial yang banyak berlaku hari ni..Wanita yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja... apatah lagi akan dapat bergelar isteri walaupun tahu bakal suaminya adalah suami orang.

Lelaki juga tidak ada beza..... tidak mampu berpoligami... namun jika ada wanita, janda atau anak dara yang mampu menanggung diri sendiri, mereka tidak akan mensia-siakan peluang untuk diajak berkahwin.

Disinilah kita melihat betapa pincangnya masyarakat ...

Ada adat yang benar-benar menjaga kepentingan seperti "Adat Perpatih". Andai ada perpisahan atau wanita ditinggal oleh suami atas pelbagai sebab maka wanita tersebut dipastikan memiliki rumah atau pusaka yang lainnya. Keistimewaan diberikan kepada perempuan; semata-mata tak mahu melihat golongan wanita hidup melarat sekiranya terjadi apa-apa. Ini kerana mereka percaya wanita boleh menjadi punca kepincangan sosial sekiranya hidupnya melarat..

Didalam Islam lelaki dibenarkan memiliki sehingga 4 orang isteri...bukan bertujuan untuk melampiaskan nafsu semata tetapi lebih kepada memberi perlindungan kepada wanita.

Persoalannya adalah bagaimana penerimaan kita kepada mereka? Sebagai tetangga, saudara seislam dan sebagainya demi membela golongan ini? Membantu mereka ini tergolong dalam fardhu kifayah....namun dapatkah kita menerima dan mengamalkannya?.

Tepuk dada tanya iman dan ilmu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment