Wednesday, October 28, 2009

Isu Penderaan Pembantu Rumah Indonesia


Sedikit petikan berita seperti yang disiarkan oleh akhbar Jakarta Post:

Indonesian Maid Dies After Brutal Beating in Malaysia

An Indonesian maid who was found beaten in the home of her Malaysian employers died on Monday, after being hospitalized nearly a week, officials said.

Her employers, a Malaysian couple from Klang Selangor, about 50 kilometers from Kuala Lumpur, were arrested and face murder charges, according to an Indonesian Embassy official.

The victim, Muntik Binti Bani, 39, a migrant worker from Jember, East Java, died at Ampuan Rahimah Hospital in Klang Selangor, said Widyarka Ryananta, the embassy’s information, social and cultural affairs counsellor.

“Her backbone was broken, so was her right wrist, and there were bruises on her face,” Widyarka said. “It is clear that she had been beaten.”

Mengapa begini jadinya..? Soalan begini amat sukar dijawab. Permasalahan yang sukar dirungkaikan.

Nirmala Bonat, Pembantu Rumah Indonesia adalah mangsa kes dera yang berlaku beberapa tahun dahulu. Nirmala bernasib baik kerana mendapat pembelaan dan kini masih dapat bernyawa. Amat malang bagi Muntik Bani yang meninggal dunia akibat dari kerakusan majikannya.

Pendedahan besar-besaran berkaitan kes penderaan Normala dahulu tidak diambil iktibar oleh para majikan yang menggaji Pembantu Rumah dari Indonesia. Kejadian tragis yang terjadi keatas Muntik menggambarkan Malaysia seolah-olah tidak lagi selamat kepada pekerja-pekerja (Pembantu Rumah) dan kerananya Kerajaan Malaysia terpaksa menepis tanggapan ini berbanding majikan yang berhati binatang.

Kita tidak menolak perselisihan antara pekerja dan majikan mungkin berlaku atas beberapa sebab. Amat biasa kita dengar Pembantu Rumah melakukan beberapa kesalahan yang tidak digemari oleh majikan, tetapi kejadian seperti yang berlaku keatas Muntik tidak seharusnya berlaku. Adilkah bagi majikan mencabut nyawa Pembantu Rumah hanya kerana kesalahan yang dilakukan. Bukankah majikan berhak untuk menyampaikan aduan kepada agen yang membekalkan pekerja tersebut..? Mengapa majikan Muntik gagal bertindak demikian?

Kejadian ini telah dikategorikan sebagai kes bunuh. Dan sewajarnya majikan Muntik dihadapkan ke Mahkamah untuk diadili.

Namun, hukuman kepada majikan tidak menjamin kes-kes seumpamanya ini tidak akan berlaku lagi dimasa-masa akan datang. Satu undang-undang khusus berkaitan hal ehwal Pekerja Asing harus dibentuk untuk membendung kejadian-kejadian seperti ini.

Sementara termaktubnya peraturan berkenaan adalah wajar Agen pembekal Pembantu Rumah diberi bertanggungjawab memantau pergerakan pekerja yang mereka bekalkan. Agen tidak wajar bersikap lepas tangan selepas mendapat imbuhan dari majikan. Itu bukan sesuatu yang bijak untuk dilakukan. Pekerja yang ditempatkan ditempat kerja mereka haruslah dipantau pada masa-masa tertentu demi untuk mempastikan bahawa majikan merasa berbaloi membayar gaji kepada pekerja. Disamping itu majikan hendaklah sering berhubung dengan agen bagi menyampaikan sebarang maklumat berkaitan sikap dan tingkahlaku Pembantu Rumah mereka.

Sebarang hukuman...jika perlu diambil... hendaklah dimaklumkan kepada majikan terlebih dahulu. Mengambil jalan mudah dengan menghukum sendiri Pembantu Rumah adalah satu kesalahan jenayah.

Disamping itu, keperihatinan masyarakat juga perlu dipertingkatkan. Kematian Muntik mungkin dapat dielakkan jika jira-jiran majikan simati perihatin terhadap apa yang berlaku dikediaman majikannya. Mungkin terdapat antara rakyat Malaysia yang tidak ambil peduli nasib Pembantu Rumah kerana menganggap itu bukan urusan mereka. Tetapi ingatlah...mereka juga manusia... kehadiran mereka disini bertujuan untuk meneruskan kehidupan.

Jangan kerana beberapa kerat Pembantu Rumah yang bermasalah kita langsung lupa khidmat dan sumbangan yang mereka yang lain. Sumbangan tenaga yang mereka berikan juga amat penting untuk kita.

Muntik sudah tiada tetapi ramai lagi Pembantu Rumah yang lain berdepan risiko yang sama jika masalah kerakusan Majikan tidak kita kawal dan benteras. Kejadian ini benar-benar memalukan kita dan juga Negara Malaysia. Sebenci manapun kita kepada mereka jangan sampai kita mencemar hubungan kita dengan negara berjiran.

Berpada-padalah dengan sebarang tindakan yang ingin kita lakukan. Kesannya tidak hanya kepada diri kita tetapi kita juga mungkin mengundang bencana kepada Negara.

No comments:

Post a Comment