Tuesday, November 9, 2010

Dilema Rakyat dan Pengundi

Wakil Rakyat tak buat kerja
Tak lawat kawasan
Sukar ditemui
Menyesal kerana memilih
Sombong, kaya mendadak
PRU akan datang cari orang lain ………. dan bermacam rungutan sepertinya diluahkan oleh pengundi selepas berlangsungnya setiap Pilihanraya.

Apakah yang silapnya?

Silap calon?
Silap parti?
Silap pengundi?

Keadaan ini banyak berlaku dan tidak memilih parti mana yang dianggotai oleh Wakil-wakil Rakyat berkenaan. Yang menerima kesan dari keadaan ini adalah pengundi, rakyat disetiap kawasan yang diwakili, dan kesan paling besar kepda parti yang diwakili.

Terlalu banyak rungutan dari rakyat yang tidak diambil pusing, mungkin kerana Wakil Rakyat kini sudah duduk selesa dikerusi empuk… bagi tempoh sekurang-kurangnya satu penggal. Kerana singkatnya tempoh menduduki kerusi berkenaan membuatkan individu yang bergelar Wakil Rakyat banyak menumpukan usaha mengukuhkan kedudukan ekonomi (keluarga dan kroni) berbanding mengukuhkan kedudukan sebagai calon yang bakal dipilih pada pemilihan yang akan datang…. ekoran dari itu, mereka mula terlibat dengan pelbagai salahlaku dan penyelewengan yang merugikan, menjatuhkan dan menjahanamkan kredibiliti diri serta imej parti yang diwakili.

Tanggungjawab yang diamanahkan ditangannya diabaikan dan setelah sepenggal atau berpenggal-penggal berkuasa… kawasan yang diwakili masih berkeadaan sama seperti sebelumnya.

Banyak kepincangan boleh berlaku dan bakal berlaku andainya keadaan ini berlanjutan. Majoriti rakyat hilang minat dan mula mengasingkan diri dari terlibat didalam proses demokrasi dinegara ini.

Salah satu kesan yang jelas dilihat kini adalah tiadanya inisiatif dan kesedaran masyarakat (terutamanya golongan belia) untuk mendaftar diri sebagai pemilih berdaftar bagi membolehkan mereka mengundi. Ini mungkin berlaku kerana mereka berpandangan bahawa memilih wakil rakyat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Apakah usaha yang boleh dilakukan supaya wakil rakyat berfungsi sepertimana yang dikehendaki?

Jika satu rumusan diperolehi, kemelut ini dapat diatasi dan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi akan bercambah dan menjadi subur kembali. Terserah kepada mereka yang telah dilantik untuk menangani permasalahan ini.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment