Thursday, March 7, 2024


Saya setuju katakan bahawa sebahagian dari isi posting sahabat ini ada kebenarannya. Cuma bab "semua perniagaan akan lumpuh" tu perlu ada penyelesaiannya.

** bayangkan sekiranya semua perniagaan gulung tikar, kemana arah kita untuk mendapatkan bekalan keperluan seharian ..???.
Masalah takkan selesai disitu sahaja.
Ini saya bagi contoh (untuk difikirkan).
Andaikata peniaga tutup kedai seminggu (kebiasaannya pada hari perayaan mereka) menggelupur kita mencari bekalan. Takpun seminggu sebelum mereka beraya ... rumah kita dah penuh dengan stok persediaan.
** siapa yang KAYA ...???. Puak tuuuuu jugak ...!!!.
Penyelesaiannya memang ada.
Caranya :
Bangsa kita beramai-ramai perlu aktif membabitkan diri dalam perniagaan.
Bangsa kita sokong dan beri tumpuan kepada perniagaan bangsa sendiri.
Tak mampu untuk bangunkan sendiri, bangsa kita bekerjasama membina perniagaan dan jika boleh ... pekerja-pekerja yang menjalankan urusniaga (didalam sesuatu perniagaan) dijadikan rakan kongsi serentak.
** disamping mereka bekerja, mereka dapat meraih hasil keuntungan secara bersama.
** galakkan kita sesama bangsa untuk membeli-belah di pusat perniagaan milik bangsa sendiri.
Jika ini dapat dilakukan ... tak mustahil bangsa kita akan bangkit dan berdiri gah (dalam apa jugak bentuk perniagaan dan perusahaan).
Perniagaan kaum lain nak lumpuh ... gasak ker dia laaa.
** kita dah ada tempat lain sebagai pengganti.
Persoalannya :
Mahukah bangsa kita melakukannya ...???.
Perkara ini dah lama saya ajukan kepada kawan dan saudara mara tetapi seperti yang saya pernah bangkitkan dalam posting saya sebelum ini ... "bila ajak berniaga ... usahkan kawan .. sedara mara sendiri pun CEBIKKAN BIBIR".
** memperlekeh dan langsung tidak memberi respon terhadap syor yang diberi sepertimana yang diharapkan.
** "never too late" kata orang putih tapi selagi mana minda bangsa kita tak mahu berubah .... selamanya kita akan berkeadaan begini.

No comments:

Post a Comment