Monday, February 10, 2020

Punca UMNO Melingkup

Baik Lokman, Zahid maupun Najib .... semuanya memang mahukan UMNO melingkup.
Jika betul mereka mahu UMNO kekal sebagai pembela nasib Melayu ... bertahun dulu mereka telah pun perbetulkan arahtuju perjuangan parti. Segala bentuk penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah yang berleluasa sepatutnya dibanteras, diperangi habis-habisan.
** bukan melalak merata selepas UMNO/BN tumbang.
** bukan menuduh pengundi termakan umpan fitnah PH

Barisan pimpinan yang lain pun sama bersekongkol. Menerima imbuhan, dana serta peruntukan yang berpunca dari wang yang diselewengkan. Penyingkiran beberapa orang pimpinan utama (yang menceritakan kebejatan Najib) daripada parti dan kerajaan tidak dipertahan, tidak dibantah atau dipertikai hanya kerana masing-masing pentingkan diri sendiri. Sayang kepada kedudukan dan sanggup melihat kebenaran terus diselindungi dari pengetahuan rakyat.

Ketika ini, dah banyak kes membabitkan perbuatan yang bertentangan undang-undang sedang dibicarakan.
** itupun masih belum mahu sedar lagi.
** masih lagi mempertahankan pemimpin yang korup.

Bagaimana parti dapat dipertahan, ahli dapat dibela dan perjuangan untuk bangsa dan agama dapat diteruskan apabila pimpinan sendiri tersasar jauh dari asas perjuangan.

Satu lagi yang menjadi persoalan saya.
Ketika SPRM aggresif dan aktif bertindak keatas beberapa cawangan dan bahagian UMNO (serta pimpinannya) kemana perginya Pendaftar Pertubuhan ...???.
** apakah perang rasuah yang dikepalai oleh SPRM tidak selari dengan ROS ..??
** apakah AMLA tidak boleh menjadi asas kepada tindakan ROS terhadap UMNO ...???
** atau ada strategi lain yang sedang Tun Mahathir aturkan (dalam hal ini)..??

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment