Monday, December 30, 2019

Kaji Semula Pemberian Subsidi Haji

Penghapusan "subsidi (mengerjakan) Haji".

Ada sahabat yang menghantar pesanan difb messenger meminta saya mengulas berkaitan hal ini.

Sebelum membuat ulasan, saya mencari sedikit pandangan yang tersiar dimedia sosial ini (facebook). Matlamatnya adalah untuk melihat reaksi dari netizen.

Majoritinya memberikan reaksi negatif terhadap berita yang dilaporkan.

Ada yang kata :
** kerajaan PH kejam
** ada yang berura-ura untuk menarik keluar setiap sen simpanan mereka didalam Tabung Haji
** banyak lagi pandangan yang pada saya agak menjengkelkan.

Apapun, itulah pandangan mereka
yang saya rasa tidak sesuai untuk diterima dan digunapakai.

Kita sedia maklum bahawa kos mengerjakan haji adalah dalam anggaran jumlah RM23,000 setiap seorang jemaah sedangkan kos yang selama ini dikenakan kepada jemaah hanyalah sekitar RM10,000.00 sahaja.
** jika hendak menyebut tindakan untuk menamatkan pemberian subsidi itu "zalim atau kejam", cuba fikirkan kembali betapa "kejamnya" kita kerana mengambil lebihkurang RM13,000 wang dari TH (setiap seorang) hanya kerana kita hendak mencapai matlamat peribadi (dalam mengerjakan rukun Haji).

Setiap tahun lebih 25,000 orang yang diperuntukkan subsidi berkenaan.
** kiralah sendiri berapa jumlah keseluruhan yang terpaksa disediakan sebagai subsidi.

Pendeposit nak menarik balik keseluruhan  simpanan dari TH ...???
Terserah.
** cuba fikir elok-elok. Adakah dengan mengeluarkan simpanan boleh memudahkan bekas pendeposit menunaikan Haji selepas itu ...???.

Saya tak mahu mengulas terlalu panjang. Jadi ... mungkin lebih mudah jika saya sertakan petikan tulisan orang yang secara langsung terbabit dalam hal-hal seperti ini.

         ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

"Ada maklumat menyatakan bahawa jumlah tanggungan subsidi oleh pihak TH setiap tahun kini mencecah RM300 juta hingga RM400 juta.

Banyak bukan?

Subsidi itu hanya dimanfaatkan oleh 30,000 jemaah haji Malaysia setiap tahun berbanding 9.4 juta pendeposit TH.
Adakah ini sesuatu yang wajar ?

Lupakan subsidi haji.
Ia kerana haji diwajibkan keatas umat Islam yang cukup syarat dan salah satu daripadanya ialah ada kemampuan (istito’ah) dari segi kesihatan atau kewangan.

Kemampuan kewangan bermakna kita mampu menanggung kesemua kos pergi haji dan bukan sekadar mampu pergi dengan kos yang sudah diberi subsidi.

Merujuk kepada syarat istito’ah, saya berpandangan sudah tiba masanya pihak TH mengkaji semula pemberian subsidi kepada jemaah haji kerana memberi subsidi bukan menjadi tanggungjawab TH sebenarnya tetapi menjaga kebajikan para jemaah haji merupakan peranan dan tanggungjawab utama TH.

- Dr Shamsiah Mohamad
Penyelidik Kewangan Islam dan Syariah

         ðŸ‘†ðŸ‘†ðŸ‘†ðŸ‘†

Bacalah dan fahamkan betul-betul.

FAM @ Sgt.Jo

No comments:

Post a Comment