Thursday, August 17, 2017

MENGHITUNG HARI

Najib kata "Reformasi dah BERKUBUR".

Mungkin betullah.
Gerakan Reformasi yang digerakkan dahulu kerana krisis yang tidak pernah dijangka bakal berlaku antara Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalannya DS Anwar Ibrahim.

** Tun Dr Mahathir punya alasan dan sebab kenapa beliau terpaksa mengambil tindakan terhadap bakal penggantinya. Apapun yang Tun M lakukan ketika itu berdasarkan kepada keperluan semasa dan saya cukup yakin bahawa tindakan berkenaan disokong oleh sebahagian besar Menteri Kabinet dan AMT UMNO (termasuk mereka yang masih berjawatan pada hari ini).

** DS Anwar Ibrahim sendiripun pasti ada sebab mengapa pihak beliau menggerakkan gerakan Reformasi (dan segelintir penyokong beliau pula kini telahpun berada dibelakang barisan pimpinan UMNO).

Apa yang menariknya ...
Kini tokoh-tokoh yang bertentangan pada era Reformasi kini telah bergabung semula. Ianya juga sesuatu yang langsung tidak pernah kita jangka bakal berlaku.

Apa yang saya dapat perhatikan .... Kedua-dua tokoh ini lebih memahami bahawa ada perkara yang lebih penting untuk kedua tokoh ini perlu hadapi.
** keterlanjuran PM Najib dalam pelbagai aspek pentadbiran negara (kerajaan)
** kepentingan dan kebajikan rakyat jelata (yang dihimpit pelbagai masalah sejak Najib berkuasa)

Penyatuan semula dua tokoh ini memperlihatkan jiwa besar yang sebenar-benarnya jauh lebih hebat berbanding dakwaan "berjiwa besar" yang diwar-warkan oleh Najib.

Reformasi telah berkubur.
Tidak mengapa.
Tetapi gerakan yang lebih besar, bermatlamat lebih hebat dengan diterajui oleh gandingan hebat ini perlu Najib depani.

Gerakan pada kali ini adalah gerakan pemulihan terhadap kerosakan (yang Najib lakukan) dan untukk mengelak rakyat dan negara terjerumus kedalam bencana yang lebih buruk.

Biarlah Najib bertempik sorak dan memukul gendang perang sehebatnya. Rakyat terbanyak yang  memahami tindak-tanduk Najib serta gerombolannya tidak lagi musah terpedaya dan terus tunduk terikut-ikut secara melulu.

Saat penentuan masa depan Najib semakin menghampiri. Hari-hari yang berlalu menambah semangat dan kekuatan rakyat untuk merobah pentadbiran.

Fb ID :
Fadzil Ams Mohamed

No comments:

Post a Comment