Friday, August 4, 2017

FIKIRKAN SEBELUM TERLAMBAT

Khusus untuk perhatian ahli-ahli akar umbi UMNO.

Tulisan ini tidak bertujuan untuk menghasut, mendesak untuk melakukan protes atau untuk bertindak secara melulu.
Tujuan saya hanyalah untuk membuka minda kalian yang selama ini tidak tetlintas akan persoalan serumit ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan ahli UMNO sekelian.
Saya rasa tuan puan sudah boleh mula bertanya ....
Adakah berbaloi sokongan dan kesetiaan yang tuan-puan berikan kepada ketua-ketua kalian...???

Saya tidak hendak memberikan terlalu banyak contoh  peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga mengajak tuan-puan mempersoalkan kesetiaan dan sokongan selama ini.
Cukup dengan dua perkara (peristiwa) yang dilakukan oleh dua tokoh tertinggi parti tuan-puan.

Pertama :
Tuan-puan sedia maklum akan perihal penerimaan sejumlah besar wang (dalam akaun bank peribadi) oleh Presiden parti.
Hal tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada anggota pimpinan tertinggi parti apatah lagi kepada ahli-ahli bawahan (akar umbi).
Hal berkenaan hanya diketahui setelah dibongkar dan didedahkan oleh sebuah akhbar diluar negara.
** tidak perlulah saya menulis lanjut kerana hal berkenaan telah menjadi buah mulut diserata ceruk dunia.

Persoalannya :
** apakah keuntungan, manfaat dan kebaikan kepada parti dan ahli-ahli dengan jumlah wang (derma) sebesar itu apabila ianya langsung tidak dimasukkan kedalam akaun parti (ternyata penerimaan berkenaan tidak dicatat didalam penyata kewangan tahunan).
** tidakkah tuan-puan fikirkan apa yang bakal terjadi (dengan wang berkenaan) sekiranya ia tidak didedahkan oleh laporan akhbar ..???
** bagaimana Presiden parti tuan-puan boleh sewenang-wenangnya bertindak membuat keputusan memulangkan pemberian berkenaan kepada pemberi sedangkan ia adalah untuk kegunaan parti ..??
** tidakkah wang dengan jumlah sebesar itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh 192 bahagian UMNO seluruh negara ..???
** tidakkah tuan-puan terfikirkan akan hal-hal diatas ...???

Kedua :
Baru-baru ini telah didedahkan bahawa adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO dengan bekas Perdana Menteri (yang  kuat mengkritik Presiden parti) sepuluh hari selepas dilantik menggantikan Timbalan Presiden yang digugurkan dari jawatan Menteri Kabinet.

Siapa diantara pimpinan tertinggi parti tahu akan hal ini ...???

Siapa diantara ahli akar umbi dimaklumkan tentang pertemuan ini ...???

Dan persoalan paling penting .... Apa sebenarnya motif Naib Presiden UMNO yang dipilih menggantikan Timbalan Presiden bertemu dengan pengkritik tegar parti.

Tidak siapapun tahu hingga bekas Presiden sendiri yang mendedahkan bahawa pertemuan berkenaan adalah untuk mengambilalih jawatan Perdana Menteri.
** biarlah TPM berkata apa sekalipun tetapi pertemuan (yang langsung tidak diketahui sesiapa sebelum ini) memang ada berlaku.

Buktinya ...???
TPM sendiri berkata "ada rakaman perbincangan" yang masih beliau simpan.

Dari dua peristiwa yang saya catatkan diatas maka tidakkah tuan-puan mahu bertanya, tergerak hati untuk tahu "apakah sebenarnya permainan yang sedang berlaku" didalam parti tuan-puan sekelian ...???.

** kemanakah sokongan dan kesetiaan tuan-puan sebenarnya ...???

Kepada Presidenkah atau Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti ..???

Apa yang lebih penting .... Apa perlukah tuan-puan terus setia dan menyokong perlakuan kedua-dua pimpinan tersebut ekoran tindak-tanduk mereka yang ketara mengutamakan kepentingan dan kedudukan masing-masing ...???.

Perlu diperingatkan ....
Rakyat Malaysia kini berjumlah lebihkurang 30 juta.
Jumlah keanggotaan UMNO diberitakan sebanyak 3 juta orang.
** dek kerana tuan-puan seramai 3 juta orang ahli UMNO terus setia dan menyokong (dua ketua diatas) kesan buruknya tertimpa keatas majoriti rakyat (tidak terkecuali juga tuan-puan sendiri).

Kerana itulah saya tegaskan sekali lagi .... Bermula dari sekarang tuan-tuan dan puan-puan sudah boleh mula menilai dan bertanya pada diri sendiri ....
** BERBALOIKAH terus setia dan menyokong dua ketua berkenaan ..???
** perlukah ianya DITERUSKAN ...???

Terserah kepada tuan-tuan dan puan-puan mencari jawapannya.
Tuan-puan yang memilih untuk bersama UMNO dan parti ini mendakwa bahawa dikalangan partilah perjuangan menegak Agama, memperkasa Bangsa dan mendaulatkan Negara mampu terlaksana.

Namun ....
Matlamat tersebut mustahil akan tercapai jika berlaku percanggahan kepentingan dikalangan pucuk pimpinan yang tuan-puan sokong dan berikan kesetiaan selama ini.

Penilaian yang baik, menyokong dan setia kepada pihak yang tepat bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan generasi akan datang "dapat pembelaan yang sewajarnya".

Wallahualam.
Kepada Allah BESERAH.

No comments:

Post a Comment