Tahun 2011 dah melalui ruang hidup Uncle hari ketiga.
Apa nak diceritakan dalam tahun 2011 ni. Penat sudah mendengar cerita hal politik. Ekonomi pun kerap jugak Uncle sentuh.
Nampaknya tiada sebarang perubahan besar dalam kedua-dua aspek tersebut. dan kerana tidak nampak apa-apa maka Uncle semakin jarang untuk menyentuh kedua-dua hal berkaitan. Malas, bosan, muak dan meluat. Dengan cakap-cakap kosong yang semakin berleluasa. Gembar-gembur orang politik yang tak berkesudahan, maka dunia politik semakin membosankan.
Uncle semakin jarang menonton berita yang disiarkan. Baik di TV3, Astro Awani dan RTM dan lain-lain saluran TV.
Ekonomi nampak macam biasa. Kesempitan rakyat makin terasa sementelahan pula harga barangan keperluan harian tak pernah nampak akan turun..... (mana mau turunnya bila pengguna semakin ramai dari pengeluar). Logik juga teori pembekalan dan penawaran.
Isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya makin kurang diberi perhatian. Mungkin kerana sudah terlalu banyak kes yang dibongkar. Hanya kes berprofail tinggi mungkin akan diberi perhatian.... kerana ianya melibatkan orang-orang penting politik.
Apa-apapun bagi Uncle, ada arah yang baru dalam kehidupan ditahun 2011 ini. Anak akan melangkah ke gerbang perkahwinan, yang meneruskan pengajian dan baru memulakan pengajian setelah lama tertangguh. Alhamdulillah.
Semoga tahun 2011 mampu menceriakan Uncle dan dengan harapan itu Uncle perlu merancang perjalanan kehidupan dengan lebih teratur. Semoga diberikan kesihatan baik mental atau fizikal. Harapan lain .... ingin melihat suasana tenang dalam politik tanahair. Cukup-cukuplah rakyat dihidang dengan pelbagai kemelut dalam negara ini. Berilah ketenangan sekadar yang boleh supaya Malaysia ini aman dan terus maju.
No comments:
Post a Comment