"2 haji ni ternyata kecewa dengan apa yang berlaku dalam agenda PKR. Mereka sangka pakatan akan membela rakyat sebaliknya Pakatan pula yang menindas rakyat" - Posting diruang Facebook.
Komen-komen yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen dari Parti Islam Semalaysia (PIS) sebagai jawapan kepada komen-komen pembaca di Facebook mengenai persoalan seperti yang tertera diatas.
(Ejaan telah saya betulkan berbanding tulisan asal tanpa sebarang perubahan dari maksud asal komen)
Komen 1
Alhamdulillah, Allah tapis sesiapa yang betul-betul ikhlas berjuang dijalan Allah dan keadilan sejagat dengan sesiapa yang menyokongPAS/PKR kerana emosi dan nafsu amarah. Haji-haji begini memang layak balik UMNO. Sampaikan salam perpisahan saya kepada mereka. Ramai Haji-Haji dalam PAS kerana mereka hendak bersama jemaah yang penuh dengan Ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang, Dr Harun Taib, Dr Harun Din, Dato Taib Azamuddin, Arwah Ustaz Fadzil Noor, Arwah Mufti Selangor, Ismail Kamus dan ramai lagi. Tapi jika P*** G*** dan Haji-haji itu hendak terus menyokong Haji Najib yang isteripun dedah aurat terserahlah.
Komen 2
Didalam Islam, menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa boleh membawa 4 orang saksi melihat kejadian tersebut boleh dijatuhkan hukuman qazaf yakni disebat 80 kali. Islam sangat menjaga maruah hinggakan kalau kita seorang sahaja melihat perlakuan tersebut seperti melihat benang masuk ke jarum, kita wajib menutup mulut dan jika ada daya upaya, menegur pelaku-pelaku tersebut. Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengadu di Mahkamah Syariah JAWI, tetapi mereka tidak mahu meneruskan kerana menunggu bicara Mahkamah Sivil. Ini bermakna Pegawai-pegawai Mahkamah Syariah sendiri meletakkan Mahkamah Syariah dibawah Mahkamah Sivil. Tak payah nak terhehehe. Hendak berhujah berhujah baik-baik.
Calon-calon PAS yang ambil BAI'AH itu diatas kerelaan sendiri. Saya calon wanita ber BAI'AH dengan nama Wallahi, Wabillahi, Wattallahi. Ini bukan urusan main-main sebab ber BAI'AH atas nama Allah, atas perjuangan Parti demi menegakkan Islam di Malaysia.
Komen 3
Kalau pengadu datang sendiri mesti disiasat dan dia wajib bawa saksi atau bukti-bukti lain. Saksi disini tidak mesti saksi yang melihat sebab biasanya memang tidak ada. Misalnya kalau kena rogol oleh bapa tiri, ibu boleh menjadi saksi circumtantial ie masa-masa tersebut memang ditinggalkan anak dara berkenaan dengan bapa tiri. Bukti pula seperti pemeriksaan doktor dan lain-lain. Kes bunuh mengikut siasatan kes jenayah atau qisas...apa masalahnya. Fitnah ini tidak mengira sesiapa. Kalau dia fitnah memang salah. Kena ada yang buat aduan proses siasatan semuanya berjalan mengikut prosedur yang sedia ada. Tapi kena ingat di Malaysia belum ada lagi undang-undang Syariah yang betul. Dalam Quran memang ada ayat yang menyebut nama-nama Allah disebut dalam Gereja dan rumah ibadat BI. Cuma di Malaysia oleh kerana BI dilarang mengembangkan agama kepada orang-orang Islam maka untuk elakkan kekeliruan, dilarang penggunaan nama-nama Allah didalam rumah-rumah ibadat, buku-buku dan risalah agama-agama lain dari BI.
Komen 4
Jika tak cukup saksi dan kita membuat aduan maka jatuh dibawah hukum takzir, maknanya kena penjara dan juga sebatan tetapi tidaklah 100 kali. Yalah...kes-kes yang buat serbuan setelah ada aduan. Buka pintu yang lelaki berseluar pendek, yang perempuan bertuala menyorok didalam bilik air, uat apa lagi, takkan chatting... mesti berzina tetapi sebab tiada saksi yang nampak maka dituduh dan dihukum khalwat. Itulah maksud saya. A*****..., saya kasihan dekat kamu sebab tak celik dan tak cerdik. Saya sudah tulis, kalau tiada saksi yang melihat bawa saksi lain dan bukti-bukti. Saya beri contoh anak tiri yang kena rogol, ibunya boleh mengesahkan bahawa memang anak dara dia dihantar oleh bapa tiri untuk pergi tuisyen atau apa-apa menaiki motosikal. Maka disitu Penyiasat boleh relate cerita anak tadi yang dia dirogol bapa tiri ketika menghantar pergi ke tuisyen atau guru tuisyen melihat budak ini dalam ketakutan dan kusut masai.
Komen 5
Inilah maksudnya, selain dari bukti pemeriksaan Doktor. Pemeriksaan oleh doktor-doktor PUSRAWI dan HKL kedua-duanya mengesahkan tiada bukti-bukti diliwat. Salinan laporan tersebut telah didedahkan. Sekarang kita hendak mendengar apa tanggapan Mahkamah. Relevan atau tak relevan..?
Komen 6
Saiful memang berhak untuk membuat aduan, siapa yang mengatakan tidak berhak? Dato Seri Anwar Ibrahim pun berhak mendapat laporan Polis yang dibuat Saiful. Ini pun susah sangat untuk mendapatkan. Sepatutnya kes liwat dibicarakan dimahkamah Syariah jika dipinta oleh yang tertuduh dan yang menuduh sebab kita orang Islam. Sepatutnya Mahkamah Syariah "at par" (setaraf) dengan Mahkamah Sivil. Yang disebut chipsmore tu saya nak bagitau, saya ada masa nak menjawab sebab saya sedang berihat dirumah sebab kena Flu. Tapi takkan tak boleh berhenti untuk minum dan urusan-urusan lain.
Komen 7
Roslee tu fahamkah makna aqidah? Aqidah itu perkara yang wajib diyakini oleh seseorang Islam berdasarkan keTauhidan Allah swt dan Rukun Iman. Bila pula PAS tinggalkan Aqidah sedangkan dalam Perlembagaan PAS, dasar adalah Islam.
Perlembagaan UMNO ada kata dasarnya Islam? Tidak ada. Dasar UMNO Nasionalis/Asobiyah Melayu. Perjuangan PAS dulu, kini dan selamanya untuk Islam. Tiada diubah-ubah atau berganjak sedikitpun. UMNO dulu, kini dan selamanya betul ke? Kalau nak dengar kata-kata orang PAS dibawah, perbalahan PAS/DAP/PKR dibawah prkr biasalah. Takkan anak-anak berbalah, ibu bapa nak bercerai berai. Baru memerintah tak sampai 2 tahun. Dengan pelbagai tekanan UMNO/BN, media yang berat sebelah, sabotaj pegawai-pegawai kerajaan dan agensi yang cap biru dan lain-lain. Tentu kami perlukan ruang masa untuk membuktikan. Namun lihatlah Kelantan, kami dah tadbir 5 penggal - 20 tahun. Alhamdulillah makinmaju walaupun pelbagai Geran dan bantuan disekat, termasuk royalti minyak yang ditukar kepada wang ehsan dan diberi kepada UMNO untuk menguruskan melalui JPP. Tengok sendirilah.
Komen 8
Perlembagaan PAS fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM.
Perlembagaan UMNO:
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara. Bezakanlah, PAS dasarnya Islam. UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam Agama Rasmi bukanpun Islam sebagai satu cara hidup. Kepada UMNO Islam ini hanya Agama Rasmi. PAS berpaksikan Islam, satu-satunya dasar PAS yang jelas dan jitu. Itulah maksud saya. Kalau betul UMNO hendak menegakkan Islam (tiadapun perkataan perjuangkan Islam) kenapa pemimpin-pemimpinnya tidak menegakkan Islam dalam keluarga dan rumahtangganya. Kesemua Presiden UMNO isteri mereka tidak menutup Aurat. Kadang-kadang pakai selendang nipis yang menampakkan rambut didepan sedangkan menutup Aurat itu wajib. Kalau didalam keluarga pun tak boleh menegakkan Islam macamana hendak memperjuangkan Islam dalam Negara. Kesemua Anak isteri Pemimpin tertinggi PAS tutup aurat litup. Saya hendak ada yang menjawab isu ini secara spesifik. Tapi sesiapa yang tidak solat Asar lagi, solat dulu dan jangan lupa baca zikir petang yang diajar oleh Nabi.
No comments:
Post a Comment